Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Forums Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

B. Malaysia


Dikemaskini 30/09/2008

Artikel-Artikel
Menarik

 

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

 

Kandungan

Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

Hit Counter

 

This web site is best viewed at 1024 x 768 resolution using:



You should also set your display to show 16M colours for better colour reproduction.

 

Get Macromedia Flash Player
Over 98.3% of all web users have the Macromedia Flash Player.

 

Whilst every effort is taken to ensure that information and other content on this site is as true and accurate as possible, there may be instances where errors may occur. In such an event, we should be grateful if you could notify us so that we can set the situation right.

We also take similar efforts to ensure that we do not infringe the rights of Copyright owners. Should you feel that we have committed a breach of copyright, please notify us so that we may arrange for the immediate removal of the material from this site.

 
 
 
 
 
 

 

 
 

Pusat Sumber Kanser Payudara

Di laman web yang seterusnya, kami telah menyediakan fakta-fakta kanser payudara serta juga peranan pemeriksaan Radiologi dalam pengesanan awal penyakit ini. Sila merujuk kepada “navigation bar” di sebelah kiri untuk membaca artikel-artikel tersebut.

Pesanan Istimewa


Peranan Dan Sokongan Lelaki Di Dalam Pengesanan Kanser Payudara

Pengesanan awal kanser payudara bukanlah tanggungjawab kaum wanita semata-mata. Kaum lelaki selaku ketua keluarga, abang atau teman lelaki yang prihatin perlu memainkan peranan penting untuk menggesa insan tersayang di dalam keluarga mereka menjalankan pemeriksaan mamografi.

Bacalah pandangan AA Kamal, klik di sini

 

Berita Dan Peristiwa

His and Her Story: Kompilasi pengalaman mengharungi kanser payudara, Kuala Lumpur – 21 Jun 2008
Kompilasi pengalaman daripada pasangan suami-isteri di mana suami memainkan peranan yang penting dalam menolong isteri mereka menghadapi kanser payudara sehingga pulih telah dilancarkan oleh YB Dato’ Dr Ng Yen Yen, Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti. Ini merupakan sebahagian daripada projek MENCARE oleh Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita dan Pfizer Malaysia.

Bacalah artikel dalam Bahasa Inggeris
 

Juwita Suwito sekali lagi menyerikan Hari Penyampaian hadiah Peraduan Radiology Malaysia- Majalah Kidz 2007 – 14 Jun 2008
Juwita Suwito sekali lagi telah menyerikan hari penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang Peraduan Radiology Malaysia-Majalah Kidz 2007. Mereka yang menyertai peraduan ini berumur 8 tahun ke 68 tahun! Karyaan yang memenangi peraduan ini bertema slogan yang perlu diselesaikan selepas melayari laman web Radiology Malaysia.

Lapuran penuh penyampaian hadiah Peraduan Radiology Malaysia-Majalah Kidz 2007 (dalam Bahasa Inggeris)

Lapuran peraduan tahun tahun lepas (dalam Bahasa Inggeris):
2006 Radiology Malaysia Fun Quiz
2005 Radiology Malaysia MyStory:Ceritaku Contest


 

Persatuan Sokongan Kanser Payudara Segamat Meraikan Kehidupan! – 15 Dis 2007
Mereka yang menyertai Jamuan Makan Malam Persatuan Sokongan Kanser Payudara Segamat (BCSS) tidak dapat mengenal pasti adakah wanita-wanita yang anggun dan bergaya pada malam itu pernah ditimpa kanser payudara! Ini memang matlamat BCSS, iaitu, untuk membuktikan masih ada harapan dan kehidupan yang bermakna selepas kanser payudara. Seramai 250 orang telah meraikan setahun lagi BCSS bertungkus lumus untuk menaikkan kesedaran pengesanan awal kanser payudara serta juga untuk menolong mereka yang mengidap kanser payudara melalui rawatan dan pemulihan selepas rawatan. BCSS juga merupakan rakan sekerja Kolej Radiologi dalam penyelengaraan Program Khas Mamogram Kolej Radiologi.

Lapuran Dalam Bahasa Inggeris
 

Jamuan Makan Malam Amal Estée Lauder, Hilton Kuala Lumpur 7 November 2007
Jamuan Makan Malam Khas Kempen Kesedaran Kanser Payudara Estée Lauder telah berjaya mengutip derma yang melebihi sasaran penganjurnya. Ini adalah kali pertama Estée Lauder menganjurkan jamuan makan malam untuk tujuan ini. Antara acara yang menarik adalah persembahan-persembahan dari Joanne Yeoh, Jaclyn Victor dan Vince Chong. Rekaan fesyen Carven Ong, Eric Choong, Khoon Hooi, Ridzwan Bohari dan Dato’ Tom Abang Saufi, dan sepasang kasut berwarna merah jambu rekaan Jimmy Choo telah “dilelong” oleh pengacara malam tersebut, Yasmin Yusoff. Badan yang menerima derma pada malam itu adalah Persatuan Kebajikan Kanser Payudara, Kolej Radiologi dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia

Bacalah artikel dalam Bahasa Inggeris
 

Estée Lauder Companies’ Lights up Pavilion Kuala Lumpur in Pink 1 Oktober 2007
Malam 1 haribulan Oktober 2007 merupakan kali pertama Malaysia terlibat dalam inisiatif “Global Landmarks Illumination” oleh Estée Lauder Companies. Inisiatif ini adalah hasil kerja Evelyn Lauder. Bahagian hadapan Pavilion, yang merupakan kompleks belibelah yang terbaru di Kuala Lumpur menyeri dengan warna merah jambu. Sedetik selepas perubahan warna bahagian hadapan bangunan ini ke warna merah jambu, persembahan bunga api dimulakan. Ini telah menyeronokkan suasana malam istimewa tersebut. Aktiviti ini merupakan permulaan yang sungguh menggalakkan untuk Bulan Merah Jambu Oktober – bulan kesedaran kanser payudara antarabangsa.

Bacalah artikel dalam Bahasa Inggeris
 

Bengkel Kesihatan Payudara Berlangsung pada bulan Sep 2007, Petaling Jaya 15 & 22 September 2007
“Betul-betul meningkatkan motivasi saya,” kata Tan Sar Fee dari Kluang Johor. Beliau telah menyertai bengkel untuk “pelatih kesihatan payudara” pada 15 Sep 2007. Bengkel-bengkel tersebut adalah untuk meningkatkan usaha dan motivasi, serta pengetahuan sukarelawan untuk kesihatan dan kanser payudara. Untuk mereka yang baru ingin mempelajari bagaimana peka terhadap kesihatan payudara sendiri, bengkel pada 22 Sep 2007 telah dianjurkan juga.

Bacalah artikel dalam Bahasa Inggeris
 

“International Conference on Survivorship and Supportive Care in Cancer”, Kuala Lumpur 10-12 Ogos 2007
Kanser merupakan penyakit yang menakutkan kepada ramai orang. Tahukah anda bahawa lebih ramai “pesakit” sembuh daripada penyakit ini selepas rawatan dan kalau kanser sudah merebak, ramai lagi yang hidup dengan penyakit ini. Semua ini menjadi kenyataan kerana teknologi dan rawatan yang semakin mujarab dan semakin baik. Kanser semakin menyerupai penyakit kronik seperti sakit ginjal! Akibatnya, rehabilitasi seseorang yang telah ditimpa kanser perlu diberi perhatian – isu psiko-sosial, rawatan termasuk rawatan paliatif, servis menyokong mereka yang sedang mengharungi kehidupan dengan kanser, mencari makna kehidupan dengan and selepas kanser, kegunaan panduan klinikal serta akses kepada perkhidmatan menjadi tumpuan persidangan tersebut.

Bacalah artikel dalam Bahasa Inggeris
 

Symposium Surgikal Pantai Timur Pertama bertema Kanser Payudara, Kuantan 12-13 Mei 2007
Symposium Surgikal Pantai Timur yang pertama telah berlangsung di Auditorium, Kulliyyah Perubatan, Kampus Indera Mahkota, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Kuantan, Pahang dari 12-13 Mei 2007. Symposium ini merupakan hasil gabungan tenaga Jabatan Surgikal Hospital Tengku Ampuan Afzan, Jabatan Surgikal UIAM dan Pusat Payudara UIAM.

Bacalah artikel dalam Bahasa Inggeris
 

Estée Lauder – Memang Teman Wanita Yang Ikhlas! – 27 April 2007
Estée Lauder Companies (ELC) Malaysia telah meraikan ulangtahun ke 20 dengan Jamuan Makan Malam yang istimewa di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur. Pada malam tersebut, ELC telah menderma RM50,000 kepada program mamogram Kolej Radiologi 2007 dan RM 60,000 kepada Majlis Aids Malaysia untuk program tertentu.

Untuk lapuran dalam Bahasa Inggeris, klik di sini
 

Artikel Semasa

Jangan lupa melayari artikel-artikel yang boleh diklikkan di bahagian kandungan atas sebelah kiri mukasurat laman ini.

Maklumat Kanser Klik di sini

Lapuran Daftar Kanser Nasional 2003 sekarang boleh diperolehi. Klik di sini

Ceritaku Ini merupakan seksyen untuk mengemukakan pengalaman serta pengajaran yang dilalui oleh mereka yang menghidap kanser payudara ataupun sudah ”sembuh” daripada penyakit ini. Klik di sini untuk Seksyen Ceritaku.
 

Bahan Pendidikan
Kesihatan Payudara Adalah Dalam Kawalan Anda
Buku panduan ini adalah interpretasi Dr Evelyn Ho berhubung keperluan kaum wanita Malaysia (serta lelaki) terhadap kesihatan payudara. Semua peserta-peserta bengkel kesihatan payudara, pesakit-pesakit dan semua yang telah berkongsi kesusahan dan persepsi-persepsi mereka berhubung pemeriksaan sendiri payudara telah memberi pengertian yang tak terhingga, inspirasi dan halacara dalam penghasilan buku ini. Lelaki juga tidak ketinggalan dan boleh menerima manfaat daripada buku ini.

Untuk lebih informasi, klikkan di sini
 

Risalah/Bahan pendidikan yang lain – klik di sini
 
Arkib Aktiviti Kempen Kesihatan Payudara
Di bawah adalah link kepada senarai serta lapuran aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan dan kanser payudara.

2007
2006
2005
2004
2003
2002
2001

 

Arkib MAKLUM BALAS - Soal Jawab (Bahasa Malaysia dan Inggeris)

Bincangkan isu di http://forum.radiologymalaysia.org
 

Seksyen Maklum Balas sekarang merupakan arkib maklum balas dan soal-jawab. Para pembaca digalakkan untuk membincang ataupun menyoal tentang isu-isu di Forum Radiology Malaysia.

Klik di sini untuk terus ke seksyen soal jawab.
Antara soalan-soalan yang menarik adalah:

  •  
Lelehan puting – adakah ini kanser?
  •  
Memakai Baju Dalam (Bra) – adakah ini berkaitan kanser payudara?
Bantulah kami untuk menyebarkan maklumat ini

Kami telah menghabiskan masa yang begitu lama untuk menghasilkan maklumat-maklumat ini pada laman web ini.  Kesemua ini akan menjadi tidak bermakna sekiranya anda tidak membantu kami menyebarkan maklumat ini kepada rakan taulan, saudara mara, kenalan serta ahli keluarga anda. Tingkatkan kesedaran mereka terhadap kanser payudara serta pentingnya tindakan pengesanan awal.

Bertandanglah ke laman Web Pusat Sumber Kanser (Kesihatan) Payudara untuk membolehkan anda mendapatkan maklumat serta pengetahuan mengenainya. Mungkin ia akan membolehkan anda menyelamatkan nyawa.

Dr Evelyn Ho
Penyunting/Pengarang Radiology Malaysia
Jun 2008

 


Program Khas Mamogram Kolej Radiologi 2007 berterusan ke 2008!


Ribuan Terima Kasih kepada penderma program ini:
Estee Lauder
Kempen Pantai Wear It Pink
Johnson & Johnson

Untuk lebih maklumat, klik di sini


Prostesis luaran payudara percuma!

Terengganu telah mengumumkan yang ia akan memberi dengan percuma prosthesis luaran payudara dan coli (bra) selepas operasi “membuang” payudara untuk kanser payudara (mastektomi) untuk mereka yang berdaftar dengan Jabatan Surgeri Pesakit Luar di Hospital Terengganu (sila hubungi Jururawat Toh).


Radiology Malaysia mengucapkan
ribuan terima kasih kepada
Penterjemah Sukarelawan


Penterjemahan kepada Bahasa Malaysia
Lewis Lim
Hashimah Hashim
Nitra Sari Omar
Brian Lariche
Mohd Shujairi

Penterjemahan kepada Bahasa Cina (Mandarin)
Nancy Wong Lin See
Angeline JC Lok
Tan Yuen Fen
Wong Soh Wei
Yeow Kok Keng
Niki Cheong
Ox-Fei
Lian Hua Min
Ng Gwek Kor
Chong Kin Fatt
Wong Pei Chee
Heng Phaik Heok
Yee Pik Lai
Ong Luo Bin
Cindy Lim
Chin Lee Fong
Kwan Yau Oi
Tan Yee Chin
Liew Chong Sing


Gunakanlah FORUM Radiology Malaysia
untuk berbincang isu-isu ataupun untuk mengemukakan soalan-soalan anda mengenai kesihatan payudara ataupun soal-soal lain dalam bidang Radiologi dan Onkologi.


CeritaKu

Mereka telah berkongsi pengalaman dari segi pesakit kanser, suami, anak ataupun seseorang pemerhati. Bacalah
cerita yang telah diluahkan oleh pemenang-pemenang Peraduan MyStory:CeritaKu

Klik di sini


6 Artikel Utama Yang Sering DiLayari

Bagaimana saya tahu saya ada kanser payudara

Tanda Kanser Payudara

Kanser Payudara dan Pemakanan

Mengenali Barah Payudara

Kanser Payudara -
Fakta dan Statistik

Fakta-fakta Risiko
Kanser Payudara


Artikel Lain Lain & Informasi


Apa yang anda ingin tahu mengenai pembinaan semula payudara?

Pengalaman Mamografi Saya

Di manakah mendapati prostesis luaran payudara di Malaysia?

Senarai Klinik Payudara Khas di Malaysia


Talian Kesihatan LPPKN (Healthline LPPKN)


Talian ini dilancarkan pada 25 Julai 2005 oleh YB Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Talian ini akan merangkumi maklumat mengenai kanser payudara, kanser serviks dan perkhidmatan saringan kesihatan.

Tal: 603- 6157 8877 (9 pagi – 5 petang, Isnin-Jumaat)
Laman web:
www.lppkn.gov.my


“Radiology Malaysia padat dengan berita
dan informasi,senang dilayari mudah difahami,menjana
minda keluargabestari”
– En Muhd Azmi B. Nurdin


Kesihatan Payudara Adalah Dalam Kawalan Anda


Buku ini merupakan
panduan yang praktikal untuk mereka yang ingin mengetahui teknik memeriksa payudara
sendiri ataupun untuk meningkatkan keyakinan
diri terhadap kesihatan payudara.


Buku American Cancer Society telah diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia oleh Pekka, University Putra Malaysia

Judul-judul buku termasuk:
Soal Jawab Tentang Kanser Payudara
Lumpektomi: Panduan Untuk Pesakit
Mastektomi: Panduan Untuk Pesakit
Memahami Kemoterapi: Panduan Untuk Pesakit dan Keluarga
Untuk Wanita Yang Menghidap Kanser Payudara

Buku-buku ini boleh didapati daripada Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia.

Emel: contact@cancer.org.my
Talipon:
603-2698 7300


Maklumbalas:
Laman web ini langkah yang bijak….


Saya baru meneroka laman web Radiology Malaysia ini dan mendapati banyak info bermanfaat telah diberikan. Ini adalah
satu langkah bijak supaya penyebaran maklumat berkaitan bahaya kanser dapat disebarkan kepada umum. Tahniah dan terima kasih atas
segala usaha ke arah pembikinan laman web ini. Laman web ini
adalah suatu lembaran baru buat kami semua.

Norrafizah Minhad
11 Julai 2003

Back Home Next

Copyright © 2001-2008, Epromed Services Sdn Bhd

All Rights Reserved
Terms of Use