Berumur Di Bawah Usia 35 Tahun Tetapi Merasai Simptomnya… Saya merasai mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan payudara sayaBilakah Seharusnya Saya Melawat Pengendali Perkhidmatan Kesihatan Ataupun Pengamal Perubatan?Sekiranya anda melakukan pemeriksan sendiri payudara secara kerap (SBE) serta mengenali sifat serta perwatakan payu dara (ini termasuklah memahami rupa permukaan samada licin, sedikit rasa berisi serta kesat ataupun terlalu kesat serta berisi, saiz, bentuk serta simetri), perubahan pada sifat serta perwatakan payudara anda seperti yang disenaraikan di bawah haruslah menjadi isyarat untuk anda menjalani pemeriksaan di pusat kesihatan ataupun berjumpa dengan pengamal perubatan anda. Antara perubahan yang perlu diambil perhatian adalah Kulit pada bahagian payudara menunjukkan tanda kemerahan, menebal ataupun melesung. Bahagian payudara menjadi sedikit keras daripada tahap kelazimannya. Ketulan ataupun kumpulan keketulan yang ketara. Rasa kesakitan yang sedikit berbeza daripada kebiasaannya dan selalunya tertumpu kepada kawasan payudara yang sama. Bahagian puting mengeluarkan lelehan ataupun mengalami rekahan dan ruam (rashes) untuk jangka masa yang berpanjangan. Selain daripada itu, peputing yang biasanya timbul tiba-tibanya terbenam (ianya juga dikenali sebagai nipple inversion).
Kalaulah anda mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada bahagian payudara anda, janganlah berlengah. Berjumpalah dengan pengamal perubatan dengan seberapa cepat yang mungkin. Bagaimana Sekiranya Saya Tidak Mempunyai Doktor Peribadi Keluarga…? Keadaan ini terjadi sekiranya anda mempunyai sejarah serta latar belakang kesihatan yang baik. Dengan kata lain, anda jarang sekali berurusan dengan pengamal perubatan serta mengenali mereka secara peribadi. Ataupun mungkin juga anda berada di luar negeri, sebagai contohnya ketika menyambung pelajaran di luar negeri. Dalam keadaan sebegini, lazimnya anda mungkin belum berkesempatan untuk mengenali pengamal perubatan di kawasan kediaman anda. Janganlah merasa bimbang ataupun panik. Ini adalah kerana anda boleh mendapatkan perkhidmatan daripada pelbagai pihak yang menyediakan perkhidmatan kesihatan serta rawatan. Daripada klinik biasa, panel klinik syarikat, klinik perancang keluarga sehinggalah kepada hospital kerajaan menyediakan perkhidmatan kesihatan serta berupaya untuk membantu anda. Malah, hampir kesemua hospital kerajaan di seluruh negara mempunyai klinik payudara untuk membolehkan anda menjalani pemeriksaan serta mendapatkan rawatan. Di samping itu, pusat-pusat rawatan kesihatan swasta juga turut menyediakan kemudahan sedemikian. Dalam mendapatkan rawatan serta khidmat perundingan, anda bolehlah memilih pengamal perubatan ataupun jururawat yang anda merasa amat selesa untuk mendapatkan pemeriksaan serta rawatan. Sekiranya anda baru sahaja berpindah ke sesebuah tempat ataupun buntu untuk memilih pusat rawatan, eloklah anda bertanya kepada pihak yang tertentu. Ada waktunya anda perlu untuk mendapatkan pandangan kedua untuk mendapatkan kepastian. Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ramai individu akan melakukan sedemikian untuk mententeramkan jiwa mereka. Namun, kita haruslah belajar untuk mengimbangi di antara rasa kecemasan dengan fakta-fakta yang diketahui, serta mempercayai doktor/pengamal perubatan anda. Apakah Yang Akan Terjadi Selepas Pengamal Perubatan Melakukan Pemeriksaan Klinikalnya? Sekiranya pemeriksaan menunjukkan petanda yang normal pada payudara anda, pengamal perubatan serta pusat perkhidmatan kesihatan akan memaklumkan kepada anda bahawa anda tidak perlulah merasa bimbang ataupun menjalani pemeriksaan susulan. Namun, jika pemeriksaan tersebut menujukkan petanda yang tidak normal,maka pemeriksaan susulan akan dilakukan untuk mendapatkan kepastian. Pemeriksaan susulan yang mungkin dilakukan adalah pemeriksaan ultrasound ataupun/dan mamografi serta biopsi. Ini bergantung kepada petandanya dan umur anda. |