 Dikemaskini 28/01/2008
| Penjagaan Kuku Semasa Menjalani Perubatan
Maklumbalas - bincangkan topik di Forum Ramai pesakit akan mengalami perubahan kepada kuku seperti kuku menjadi “brittle”, bertukar warna, mudah merekah malah adakalanya tertanggal.
Seperti rambut, kuku adalah sebahagian dari tubuh badan kita yang sentiasa tumbuh selepas dewasa. Oleh kerana rambut dan kuku perlu dipotong sebagai penjagaan biasa, ia akan dipengaruhi oleh proses chemotherapy. | ‘Tips’ penjagaan kuku semasa menjalankan chemotherapy: Jangan gunakan kuku palsu. Pelekat atau glu yang digunakan akan memudaratkan kuku asal. ‘Nail Polish’ boleh digunakan terutama sekiranya ingin menutup kuku asal yang bertukar warna. Walaubagaimanapun, ‘polish remover’ yang digunakan dengan kerap akan mengakibatkan kuku lebih ‘brittle’. Kuku harus senantiasa dijaga bersih, kering dan pendek. Sapu kuku dengan lotion atau minyak pelembap pada setiap malam sebelum tidur. Ini akan menggalakkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat. Kuku seharusnya dipotong pendek dan serata supaya tidak mudah terkait kepada kain atau benda yang mengakibatkan kuku patah. Pakai sarung tangan sekiranya melakukan pekerjaan yang menggunakan bahan kimia seperti membuat kerja-kerja rumah termasuk mencuci pinggan, mencuci lantai atau berkebun. Tahap sistem ketahanan badan (immune system) akan mudah terpengaruh semasa menjalani perubatan chemotherapy. Adalah penting menjaga kuku dengan baik untuk mengelakkan jangkitan. Sekiranya anda pergi ke salun manicure, pastikan semua alat yang digunakan telah “sterilise” dan berhati-hati semasa memotong kuku. Jumpa doktor sekiranya ada kemerahan atau perubahan di bahagian kutikel kuku atau kuku tertanggal dari jari.
| | |
|
Know your breast cancer facts! 
The incidence of breast cancer in Malaysia is estimated at 35 per 100,000. However, breast cancer is the leading cause of cancer deaths in women in Malaysia! |  |
|