Kesedaran Kanser Payudara & Pemeriksaan Saringan (Screening) Apakah pemeriksaan saringan ? …. Mamografi masih menjadi ‘gold standard’ Walaupun kebanyakan penyakit payudara bukanlah kanser (tidak membawa maut), salah satu perkara yang merunsingkan tentang kanser payudara ialah kerana ia tidak boleh dicegah. Kebanyakan faktor risikonya tidak boleh diramal atau dikawal, terutamanya kanser yang terjadi sebelum umur putus haid yang ditentukan oleh faktor genetik. Peluang yang terbaik untuk sembuh daripada kanser payudara ialah dengan rawatan di peringkat paling awal. Kunci penemuan kanser payudara ialah pengesanan awal. Kunci pengesanan awal ialah kesedaran dan pemeriksaan saringan (screening) Pemeriksaan saringan kanser payudara dirujuk sebagai satu “ujian” bagi payudara wanita yang tiada sebarang tanda atau gejala penyakit. Ia bertujuan untuk mengesan kanser yang tidak disyaki semasa di peringkat awal di mana rawatannya akan lebih berkesan. Peralatan untuk pemeriksaan payudara termasuk: Walaupun beberapa modaliti pemeriksaan terbaru ini memberikan harapan dapat mengesan kanser payudara dengan lebih baik, tiada satu pun yang boleh menandingi keupayaan mamografi menggunakan filem setakat ini. |