Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Forums Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

Pengesanan Awal


Dikemaskini 28/01/2008

Artikel diseksyen Ini

 

Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

 

Mampukah Anda Mencegah Penyakit Barah Payudara

Mampukah penyakit barah payudara dicegah?  Ini adalah pertanyaan yang sering menghantui kita. Biarpun kita mengetahui, tidak ada faktor ataupun sebab yang spesifik dikenal pasti sebagai puncanya. Namun dengan mengetahui faktor risiko serta mengelakkan darinya, adalah kaedah yang mampu membantu dalam usaha mencegah penghidapan penyakit ini.  Disamping itu pengamalan cara kehidupan yang sihat juga akan turut berupaya menyumbang ke arah usaha tersebut. 

Faktor risiko seperti amalan pemakanan yang tidak betul, kurang bersenam,  merokok serta mengambil minuman beralkohol jika dielakkan bukan sahaja akan mengurangkan risiko penghidapan penyakit ini. Tetapi tahukah anda , ianya juga akan membantu anda untuk mengelak daripada penyakit-penyakit seperti kencing manis, jantung serta penyakit-penyakit kronik yang lain? 

Antara langkah penjagaan serta rutin kehidupan seharian yang sihat adalah seperti: 

1.      Mengurangkan pengambilan bahan berlemak di dalam amalan pemakanan seharian anda. 

2.      Menambahkan bahan makanan yang mengandungi serat (fiber) di dalam amalan pemakanan seharian anda. Antara bahan makanan yang mengandungi serat (fiber)adalah sayuran, buah-buahan dan bijirin.

3.      Pastikan anda memakan sayuran serta buah-buahan yang segar.  Selain daripada mengandungi bahan serat (fiber) ia juga turut mempunyai unsur-unsur antioksidan dan mikronutrien. 

4.      Kurangkan ataupun elakkanlah pengambilan minuman beralkohol.  Terdapat bukti kukuh yang menunjukkan bahawa wanita yang mengambil minuman beralkohol secara puratanya sebanyak dua kali sehari mempunyai sedikit peningkatan risiko berbanding mereka yang tidak meminumnya. 

5.      Bersenam serta sentiasa aktif  berupaya untuk mencegah anda daripada ancaman pelbagai jenis penyakit.  Antara amalan bersenam yang boleh anda lakukan ialah aktiviti berjalan, jika berupaya lakukannya pada setiap hari. Sekiranya tidak berkesempatan, lakukan senaman yang berupaya untuk mengeluarkan peluh serta menggerakkan otot anda.  

6.      Hapuskan tabiat merokok.  Biarpun ia bukanlah merupakan punca kepada penghidapan penyakit barah payudara tetapi ianya mempunyai kesan yang berupaya untuk memudaratkan keseluruhan kesihatan badan anda.  Ianya turut membuka anda kepada risiko penghidapan pelbagai penyakit yang lain. 

 

Kenyataan daripada Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, 21 Feb 2002

Wanita di dalam lingkungan umur 40an harus melalui pemeriksaan saringan mamografi setiap tahun atau 2 tahun sekali

Wanita yang melebihi umur 50 tahun harus melalui pemeriksaan saringan mammografi setiap tahun atau 2 tahun sekali

Wanita yang mempunyai faktor risiko yang tinggi harus menjumpai pakar penyakit payudara untuk memastikan keperluan melalui pemeriksaan saringan mamografi walaupun belum sampai umur 40 tahun dan juga kekerapan pemeriksaan saringan ini

Back Home Up Next

Copyright © 2001-2008, Epromed Services Sdn Bhd
All Rights Reserved
Terms of Use