Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Forums Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

Pengesanan Awal


Dikemaskini 28/01/2008

Artikel diseksyen Ini

 

Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

 

Peranan Dan Sokongan Lelaki Di Dalam Pengesanan Kanser Payudara
Saranan dari AA Kamal, Cyberjaya

Pengesanan awal kanser payudara bukanlah tanggungjawab kaum wanita semata-mata. Kaum lelaki selaku ketua keluarga, abang atau teman lelaki yang prihatin perlu memainkan peranan penting untuk menggesa insan tersayang di dalam keluarga mereka menjalankan pemeriksaan mamografi. Mencegah lebih baik dari mengubati kerana kos yang tinggi terpaksa ditanggung oleh pengidap.

Kaum lelaki di negara kita seharusnya lebih bertimbangrasa dengan lebih sensitif terhadap kesihatan pasangan mereka. Kesibukan mencari rezeki dan menguruskan keluarga yang terbeban di bahu kaum wanita di negara kita seharusnya perlu direnungkan kembali. Sebagai tanda penghargaan terhadap isteri, ibu atau adik perempuan mereka, kaum lelaki diseru agar mereka dapat memujuk dan membiayai kos bagi menjalani pemeriksaan mamografi pasangan dan wanita yang mereka kasihi.

Untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang peri pentingnya pemeriksaan mamografi terhadap golongan wanita dalam peringkat usia tertentu adalah menjadi harapan jika kos rawatan yang dikeluarkan (selain subsidi RM50 yang diumumkan oleh kerajaan dalam bajet 2007), boleh dibuat pelepasan cukai pendapatan.

Saya juga menyokong kenyataan Ranjit Kaur, Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payudara bahawa perlunya pihak kerajaan memberikan perkhidmatan percuma ujian saringan mamografi di Hospital kerajaan. Diharapkan dengan memberikan perkhidmatan percuma lebih ramai golongan wanita yang tidak mampu dari segi kewangan dapat membuat pemeriksaan mamografi.

Akhir kata saya menyeru agar semua kaum lelaki di negara kita bersama-sama berganding bahu membantu dan menyokong usaha kerajaan supaya wanita di negara kita menjalani pemeriksaan mamografi.
 

 

Kenyataan daripada Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, 21 Feb 2002

Wanita di dalam lingkungan umur 40an harus melalui pemeriksaan saringan mamografi setiap tahun atau 2 tahun sekali

Wanita yang melebihi umur 50 tahun harus melalui pemeriksaan saringan mammografi setiap tahun atau 2 tahun sekali

Wanita yang mempunyai faktor risiko yang tinggi harus menjumpai pakar penyakit payudara untuk memastikan keperluan melalui pemeriksaan saringan mamografi walaupun belum sampai umur 40 tahun dan juga kekerapan pemeriksaan saringan ini

Back Home Up

Copyright © 2001-2008, Epromed Services Sdn Bhd
All Rights Reserved
Terms of Use