Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Forums Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

Mamografi


Dikemaskini 28/01/2008

Artikel diseksyen Ini

 

Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

 

Bagaimana saya harus memilih pusat mamografi?

Tanyakan soalan-soalan berikut:

1) Adakah  pusat tersebut mengguna mesin yang khusus untuk mamografi?

Mesin X-ray yang khusus untuk mamografi  adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan yang bermutu tinggi dan pendedahan radiasi yang rendah kepada pesakit.

2) Adakah kakitangan yang melakukan pemeriksaan mamografi  terlatih?

Juru x-ray bertugas mestilah terlatih untuk membuat posisi dan imej yang betul.

Di Malaysia, juru x-ray  wanita yang terlatih dalam mamografi sahaja yang layak dan dibenarkan melakukan pemeriksaan mamografi.

3) Adakah pakar radiologi yang melapor pemeriksaan tersebut terlatih?

Mamografi harus dikaji dan dilapor oleh pakar radiologi yang sudah menjalani  kursus mamografi. Di Malaysia akreditasi kepakaran masih belum diiktirafkan dan akan menjadi sesuatu hakikat di masa hadapan.

4) Adakan pemeriksaan  mamografi  biasa dilakukan  dipusat tersebut?

Kajian telah menunjukkan bahawa sekiranya pusat tersebut sering melakukan mamografi, ini bermakna perkhidmatan yang diberi adalah bermutu.

Menurut ‘ American College of Radiology’ sesuatu pusat seharusnya melakukan sekurang-kurangnya sepuluh mamografi seminggu.

5) Adakah mesin mamografi di pusat tersebut dikalibrasi setiap tahun?

Setiap mesin mamografi  harus diperiksa dan dipiawaikan untuk memastikan ukuran dan dos radiasi yang digunakan adalah tepat.

Di Malaysia, proses ini diwajibkan oleh pihak Kementerian Kesihatan. Pastikan juga pusat tersebut mempunyai lesen perkhidmatan yang sah  untuk menjalani perkhidmatan tersebut.  

 

Mamografi memerlukan mesin x-ray yang khusus dan istimewa

Di Malaysia, hanya juru
x-ray wanita boleh mengendalikan mesin mamografi untuk mendapatkan imej payudara anda. Filem mamogram kemudiannya perlu dikaji dan dilaporkan oleh pakar radiologi yang sudah menjalani kursus mamografi.

Mesin mamografi juga perlu diperiksa dan dipiawaikan sekurang-kurangnya setiap 6 bulan sekali. Ini akan menentukan ukuran dan dos radiasi yang digunakan adalah tepat.

Back Home Up

Copyright © 2001-2008, Epromed Services Sdn Bhd
All Rights Reserved
Terms of Use