Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Forums Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

Mamografi


Dikemaskini 28/01/2008

Artikel diseksyen Ini

 

Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

 

Apakah persediaan untuk menjalani mamografi?

Prosidur untuk menjalani mamografi adalah mudah, anda tidak perlu mengosongkan perut ataupun berlapar sebelum menjalani mamografi.  Dari segi pakaian yang sesuai untuk dipakai, eloklah jika anda memakai pakaian berasaskan dua helaian (2-piece outfit) seperti seluar dengan blaus. Biarpun tidak ada prosidur pakaian yang wajib untuk diikuti, tetapi pastikan anda memilih pakaian yang mudah ditanggalkan terutama pada bahagian payudara.

Elakkan daripada menggunakan bedak, minyak wangi, deodran pada bahagian sebelah atas badan anda dan juga pada ketiak. Ini akan menghasilkan bebayang pada mamogram anda, ianya akan memberikan kesan pada penafsiran hasil imbasan mamogram anda oleh pakar radiologi.

Sekiranya anda mengalami kesakitan pada bahagian payudara terutamanya ketika datang haid, maka anda boleh menjadualkan semula imbasan mamografi setelah berakhirnya haid anda.  Ini adalah kerana sewaktu mengalami menstrual, payudara adalah dalam keadaan kurang lembut ataupun ”tegang” dan lebih sensitif.

Bagi mereka yang pernah menjalani imbasan mamogram sebelum ini, maka eloklah anda membawanya bersama.  Ini akan membolehkan pakar radiologi membuat perbandingan dengan hasil mamogram yang sebelumnya serta mengenalpasti sebarang perkembangan yang abnormal. Keupayaan untuk membuat perbandingan serta penelitian akan pastinya membantu mereka membuat lapuran yang lebih tepat.

 

Mamografi memerlukan mesin x-ray yang khusus dan istimewa

Di Malaysia, hanya juru
x-ray wanita boleh mengendalikan mesin mamografi untuk mendapatkan imej payudara anda. Filem mamogram kemudiannya perlu dikaji dan dilaporkan oleh pakar radiologi yang sudah menjalani kursus mamografi.

Mesin mamografi juga perlu diperiksa dan dipiawaikan sekurang-kurangnya setiap 6 bulan sekali. Ini akan menentukan ukuran dan dos radiasi yang digunakan adalah tepat.

Back Home Up Next

Copyright © 2001-2008, Epromed Services Sdn Bhd

All Rights Reserved
Terms of Use