Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Forums Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

Mamografi


Dikemaskini 28/01/2008

Artikel diseksyen Ini

 

Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

 

Apakah itu Penyaringan Payudara? (Breast Screening)

Mamografi tetap kaedah unggul…

Biarpun majoriti daripada permasalahan payudara adalah disebabkan daripada ketumbuhan yang tidak memudaratkan nyawa, namun apa yang mengundang rasa kebimbangan ialah mengenai serangan kanser payudara (yang melibat peratusan kecil daripada kes ketumbuhan payudara), ianya seolah-oleh tidak dapat dikekang. Tambahan pula kebanyakan faktor risiko serta puncanya agak sukar untuk dikenal pasti terutamanya yang membabitkan payudara pra-menopos berasaskan genetik.

Cara terbaik untuk memulih serta menyembuhkan kanser payudara adalah dengan menjalani rawatan secepat mungkin.  Lebih awal seseorang itu menjalani rawatan, maka lebih besarlah peluangnya untuk sembuh.  Kuncinya adalah mengenal pasti serangan penyakit ini pada peringkat awalnya. Untuk mengenal pastinya pada peringkat awal, maka jalannya adalah dengan menjalani imbasan/penyaringan seawal mungkin.

SARINGAN (Screening)
Saringan kanser payudara dirujuk kepada kaji siasat payudara individu yang tidak menunjukkan petanda yakni simptom yang jelas.  Ini dilakukan untuk mengenal pasti sekiranya terdapat petanda kemunculan kanser payudara pada peringkat awal.  Tindakan pada peringkat yang sebegini awal akan membolehkan pengamal perubatan membantutkan kemungkinan kemunculan kanser payudara pada peringkat yang berupaya memudaratkan pesakit.

Kunci kesihatan payudara adalah pengesanan awal. Pengesanan awal boleh dicapai dengan pemeriksaan saringan payudara!

Terdapat pelbagai kaedah pengimejan payudara, antaranya ialah:

  • Mamografi filem x-ray

  • Ultrasound
  • Pengimejan Resonan Magnetik (Magnetic Resonance Imaging )
  • Pengimbasan Radionuklid (Radionuclide scans)
  • Xeromamografi (Xeromammography)
  • Tomografi Berkomputer (Computed Tomography)
  • Termografi (Thermography )
  • Transilluminasi (Transillumination)
  • Elektropotensi (Electropotentials) (untuk lesion palpa/for palpable lesions)

Kaedah terbaru ialah mamografi digital berasaskan komputer dan ultrasound 3 –D.

Biarpun penemuan teknologi baru menjanjikan harapan akan keupayaan mengenal pasti kanser payudara dengan lebih berkesan, namun hingga ke saat ini masih  belum ada yang benar-benar terbukti untuk menyaingi kaedah-kaedah tradisi yang diguna pakai dalam usaha tersebut. Ini terbukti apabila Institute of Medicine (IOM) dan National Research Council of the National Academies of America melapurkan dalam lapuran bulan Mac 2001 bahawa kaedah mamografi filem masih merupakan tahap piawaian emas dalam  mengenal pasti kanser payudara.  Kini terpulanglah kepada pencerna teknologi baru ini menyahut cabaran membuktikan kaedah mereka adalah lebih unggul.

Menurut U.S. Preventive Task Force dalam cadangan mutakhir yang dikeluarkan pada tahun 2002, setiap individu wanita yang menjangkau usia 40an adalah dinasihatkan untuk mendapatkan mamogram sekali setiap setahun ataupun dua tahun.

 

Kenyataan daripada Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, 21 Feb 2002

Wanita di dalam lingkungan umur 40an harus melalui pemeriksaan saringan mamografi setiap tahun atau 2 tahun sekali

Wanita yang melebihi umur 50 tahun harus melalui pemeriksaan saringan mammografi setiap tahun atau 2 tahun sekali

Wanita yang mempunyai faktor risiko yang tinggi harus menjumpai pakar penyakit payudara untuk memastikan keperluan melalui pemeriksaan saringan mamografi walaupun belum sampai umur 40 tahun dan juga kekerapan pemeriksaan saringan ini

Home Up Next

Copyright © 2001-2008, Epromed Services Sdn Bhd

All Rights Reserved
Terms of Use