 Dikemaskini 11/11/2009
| Apakah yang harus dilakukan pada mamogram yang lama? Pastikan anda tidak membuang ataupun menghilangnya!! Tahukah anda bahawa mamogram merupakan hasil lapuran kesihatan anda yang amat penting. Janganlah sekali-kali membuang ataupun menhilangkannya! Jika anda menjalani pemeriksaan mamogram, pastikan mamogram sebelumnya dibawa bersama, ianya pasti akan membantu pakar radiologi untuk membuat perbandingan serta mengkaji siasat sekiranya terdapat perkembangan yang tidak normal khususnya pada bahagian-bahagian yang mengundang rasa syak serta kemungkinanketumbuhan kanser. Jangan lupa, kelebihan mamografi adalah pengesanan kanser payudara sebelum anda terasa atau ternampak apa-apa gejala. | |
|
Mamografi memerlukan mesin x-ray yang khusus dan istimewa 
Di Malaysia, hanya juru x-ray wanita boleh mengendalikan mesin mamografi untuk mendapatkan imej payudara anda. Filem mamogram kemudiannya perlu dikaji dan dilaporkan oleh pakar radiologi yang sudah menjalani kursus mamografi. Mesin mamografi juga perlu diperiksa dan dipiawaikan sekurang-kurangnya setiap 6 bulan sekali. Ini akan menentukan ukuran dan dos radiasi yang digunakan adalah tepat. |  |
|