Adalah langkah bijak bagi kita mengetahui mengenai bahaya radiasi, tetapi kita mungkin tidak mengetahui mengenai radiasi yang didedahi kita. Kita terdedah kapada radiasi daripada angkasa lepas, daripada persekitaran, jumlah kecil daripada pemakanan, akibat pendedahan semasa kerja, daripada bahanapi dan daripada pemeriksaan perubatan. Walaubagaimanapun kepandaian mengenai radiasi tidak bermakna anda takut terhadap radiasi. Lagipun, kita selalu lupa kita sentiasa menghadapi ancaman, contohnya melintas jalanraya tanpa menggunakan jejantas atau pun kita masih merokok sungguhpun rokok itu terbukti kaitannya dengan kanser paru-paru. Satu pemeriksaan mamogram sama saperti berjemur matahari selama 2 jam atau 2 minggu pendedahan radiasi persekitaran Pusat mamogram mempunyai kakitangan yang mahir serta peralatan moden khusus untuk mamogram. Kombinasi teknologi dan kemahiran tinggi akan menghasilkan mamogram berkualiti tinggi dengan pendedahan dos radiasi yang rendah. Satu pemeriksaan mamogram sama dengan risiko - Pejalanan udara sejauh 70 batu
- Memandu 10 batu
- Menghisap 1/8 batang rokok
- Hidup selama 3minit pada usia 60 tahun.
Merokok lebih merbahaya daripada mamogram kerana mamogram dilakukan sekali setahun dibandingkan merokok iaitu 365 hari setahun Risiko menghidapi kanser adalah 1 kematian setahun dalam setiap 6,000,000 wanita yang melakukan mamogram selama 10 tahun. Ini dikenal pasti selepas 10 tahun kerana kesan kanser mungkin tidak akan timbul sekurang-kurangnya 10 selepas pendedahan. PeringatanDengan peralatan kini, dos radiasi adalah minima. Kanser yang tidak dikesan pada peringkat awal adalah lebih merbahaya daripada pendehadan dos radiasi yang rendah. Sebagai tambahan: “Tiada seorang wanita yang terbukti menghidapi kanser akibat mamografi” Dr. Stephen Feiq, Radiological Society of North America, Disember 1997 |