Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Forums Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

Mamografi


Dikemaskini 28/01/2008

Artikel diseksyen Ini

 

Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

 

Apa akan terjadi sekiranya pemeriksaan mamogram atau ultrasound saya tidak normal?  

Pertamanya, ia tidak bermakna hidup anda akan berakhir. Ini agak sukar dipercayai, tetapi anda akan mendapati secara majoritinya kelainan pada payudara adalah bersifat tidak merbahaya atau bukan kanser.

Sekiranya didapati mamogram anda tidak normal semasa pemeriksaan awal, penyiasatan selanjutnya diperlukan untuk menentukan ianya benar atau tidak. Sekiranya kelainan ini benar, pemeriksaan biopsi disyorkan untuk pengesahan.. (Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan diambil untuk kajian makmal.)

Pemeriksaan biopsi boleh dilakukan dengan menggunakan jarum halus (needle biopsy) atau dengan pengambilan keratan tisu (core biopsy). Anda tidak perlu tinggal di wad kerana pemeriksaan biopsi boleh dilakukan sebagai prosedur pesakit luar. Ia dilakukan di bilik mamografi atau di bilik ultrasound. Pemeriksaan ini tidak memerlukan persiapan khusus dan anda boleh pulang ke rumah sesudah menjalani pemeriksaan biopsi.

Suatu diagnosis akhir bagi kanser payu dara hanya dapat dibuat dengan mengambil sampel tisu dari kawasan payu dara sesuatu gumpalan dapat dikesan. Ini dikenali sebagai biopsi. Dalam kes yang sesuatu gumpalan dapat dirasai dengan jelas, maka biopsi pembedahan dijalankan.

Prosedur selanjutnya untuk memastikan diagnosis

1. Sitologi Penyedutan Jarum Halus

Dalam kaedah ini, sedikit sampel sel disedut oleh jarum halus daripada gumpalan atau bahagian payudara yang mengalami perubahan dan dihantar ke ahli patologi untuk diperiksa. Ini dilakukan oleh seorang Pakar Radiologi yang menggunakan ultrasound sebagai panduan atau mamogram yang menggunakan sebuah komputer khas dengan sistem sasaran yang membolehkan bahagian tersebut dalam payudara dikesan menggunakan pandangan 2 dimensi. Ini dikenali sebagai biopsi stereotaktik.

2. Biopsi Teras

Biopsi teras merupakan kaedah yang sama seperti sitologi biopsi penyedutan jarum halus, melainkan jarum lebih besar digunakan. Ini juga boleh dijalankan dengan menggunakan ultrasound or mamografi sebagai panduan.


3. Penyedutan dan saliran

Abses di payudara dapat disalirkan oleh Pakar Radiologi dengan menggunakan ultrasound sebagai panduan. Jarum halus dimasukkan ke dalam sista atau abses dan semua atau nanah disedut keluar.

4. Penggunaan Wayar (Prebiopsy hookwire localisation)

Kadang-kala apabila sesuatu ketumbuhan tidak dapat dirasai dengan tangan tetapi dikesan oleh mamografi, biopsi secara pembedahan kecil akan dilakukan setelah satu jarum halus dimasukkan ke dalam ketumbuhan ataupun bahagian abrnormal tersebut untuk menanda kedudukannya (needle localisation). Ini perlu kerana mamografi dapat mengesan kelainan lebih awal daripada pemeriksaan dengan tangan. Setengah pesakit yang mempunyai ketulan yang boleh dirasa dengan tangan juga dinasihatkan untuk menjalani pembedahan kecil untuk biopsi.

Posisi seseorang untuk “hookwire localisation” dibawah panduan mamografi

Mamogram mengesahkan wayar diletak pada tempat yang betul – untuk situasi ini, ia adalah untuk sekumpul kalsifikasi yang mungkin malignan (jenis kanser)

Spesimen yang terkeluar daripada pembedahan yang dipandu oleh kehadiran wayar halus

 

Radiograf/Xray spesimen untuk memastikan tisu yang dibedah keluar adalah pada kelainan yang perlu disiasat – iaitu kumpulan kalsifikasi

 

Dalam kaedah ini, seutas wayar halus dimasukkan oleh Pakar Radiologi ke dalam kawasan yang abnormal di payudara dipandu mamografi. Ini hanya dilakukan bagi bahagian abnormal dalam payudara yang tidak dapat dirasai oleh pihak doktor sebagai panduan bagi pakar bedah semasa mengeluarkan bahagian abnormal tersebut.

Selalunya duktus biasa tidak boleh dikesan pada mamogram. Gambar ini menunjukkan saluran duktus dipenuhi media kontras beriodin yang dimasukki melalui kateter halus menerusi “liang” (pore) tersebut di puting.

5. Duktografi (Galaktografi)

Duktografi adalah satu pemeriksaan X-ray kontras bagi duktus dalam payudara yang dijalankan oleh Pakar Radiologi demi mengesan tumour di dalamnya. Pemeriksaan ini sangat berguna terdapat lelehan dari puting payu dara.

 

Selanjutnya…

Selepas pemeriksaan ataupun penyiasatan di atas, rawatan selanjutnya bergantung sama ada ketumbuhan itu kanser atau tidak. Setiap pesakit itu unik dan akan menjalani proses penyiasatan dan rawatan yang berbeza. Jangan hairan sekiranya anda dan saudara anda menjalani proses penyiasatan yang berlainan daripada orang lain. Berikut adalah carta aliran penyiasatan dan rawatan sebagai panduan anda.
  

CARTA ALIRAN PENYIASATAN SEKIRANYA MAMOGRAM ATAU ULTRASOUND TIDAK NORMAL

 

 

Untuk pengesahan,  pemeriksaan biopsi mungkin disyorkan

Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan diambil untuk kajian makmal.

Back Home Up Next

Copyright © 2001-2008, Epromed Services Sdn Bhd
All Rights Reserved
Terms of Use