 Pengalaman mamografi saya - Puan S K Soo, seorang pesara (bekas guru) berumur 63 tahun berbual dengan Radiologi Malaysia mengenai pengalamannya dengan program Mamogram Bersubsidi 2002 (SMP2002) Mamogram? Saya tidak pernah berfikir mengenai menjalaninya. Ya, memang saya telah membaca mengenai mamogram, kontroversi yang berhubung mamografi serta semua cerita mengenai betapa sakit prosedur ini! “Tidak berwas-was mengenai mamogram…” Jadi bagaimana saya telah akhirnya menjalani prosedur ini? Saya terhutang budi kepada dua orang doktor yang telah berprihatin dan menggalakkan saya dengan memberitahu saya bahawa saya layak bagi program Mamogram Bersubsidi Dana Yayasan Radiologi MMA serta Kolej Radiologi 2002. Saya akhirnya mencekalkan diri dan menelefon talian yang disediakan. Apabila saya mengambil keputusan menjalani prosedur ini, saya tidak berasa cemas dan dapat tidur dengan lena malam sebelum prosedur tersebut. “Terlalu banyak bersentuh”… Saya berasa lega seorang juru radiografi wanita menjalankan prosedur ini. Saya tidak akan selesa jika seorang lelaki mengendalikannya kerana terlalu banyak sentuhan terlibat. “Mamogram bukan perkara besar…” Saya gembira mendapati segala proses mamogram tidak seteruk yang disangka atau diberitahu orang. Saya sangka ini kerana payudara saya tidak begitu besar. Pengimejan pandangan serong lebih sakit berbanding dengan pengimejan pandangan terus tetapi secara umum, kesakitan yang dialami boleh tahan. Langsung tidak seperti pengalaman orang lain sehingga agak remeh sahaja. Sebenarnya, doktor saya ‘mengarahkan’ saya menghadapi prosedur ini dengan pandangan positif dan berasa relak apabila melaluinya. “Saya akan menyarankan mamogram…” Adakah saya akan menyarankan prosedur ini kepada wanita lain? Ya, jika perlu, mereka mesti melakukannya! “Program SMP2002 bermanfaat bagi golongan pesara dan mereka yang kurang berada…” Saya benar-benar menghargai usaha Dana Yayasan Radiologi MMA serta Kolej Radiologi MMA untuk mengaturkan program mamogram bersubsidi ini kerana program ini bermanfaat bagi golongan pesara dan mereka yang kurang berada dan saya juga menjalani ultra bunyi (kerana pakar radiologi saya berkata saya memerlukannya) serta menerima kaunseling mengenai kesihatan payudara tanpa sebarang kos tambahan! “Mamogram saya normal!” Pada akhir prosedur saya, saya diberitahu mamogram saya normal tetapi kerana mamogram bukan 100% tepat, saya masih perlu sedar mengenai payudara sendiri dan menjalankan PSP dengan teknik yang tepat setiap bulan serta menjalankan pemeriksaan fizikal yang mantap dengan doktor. Saya juga menerima maklumat mengenai cara mencapai satu rutin kesihatan payudara yang sihat termasuk satu magnet bagi peti sejuk saya. Saya gembira saya mengambil langkah pertama menjalani mamogram akhirnya pada umur 63 tahun! Adalah tidak terlambat untuk menjaga kesihatan payudara anda pada apa-apa umur. |