Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Forums Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

Ceritaku


Diterbitkan 20/08/2003

Artikel diseksyen Ini

 

Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

Masih ada kehidupan selepas menghidapi kanser payudara, sungguh pun ianya tidak boleh disembuhkan. Saya mengidapi kanser payudara dua kali…

Saya dilahirkan di Sydney, Australia dan mempunyai kehidupan yang sungguh berbahagia. Ini berubah pada tahun 1956 ketika ibu saya meninggal dunia pada usia 45 tahun. Tiada siapa memberitahu saya sebab kematiannya dan pada masa itu kanak-kanak tidak banyak bertanya. Beberapa tahun kemudian ketika menemui sijil kematiannya barulah saya mengetahui yang ibu meningal dunia akibat sarkoma iaitu sejenis kanser. Dulu, huruf  ‘C’ hanya disebut secara bisikan sahaja. 

Selepas sekolah menengah, saya  memasuki Universiti Sydney, mengikuti kursus pendidikan dan bahasa Perancis. Sebaik sahaja saya menerima ijazah BA, ayah saya pula meningal dunia dalam usia 59 tahun, iaitu selepas beberapa lama bergelut dengan penyakit follicular lymphoma. 

Pada tahun 1970, saya berkahwin dan berpindah ke Amerika Syarikat.

Pada tahun 1981, saya mengambil kursus intensif bahasa Indonesia sebagai persiapan untuk berkerja di Jakarta selama 3 tahun. Pada tahun 1984, saya balik semula ke Amerika Syarikat, dan bekerja di Honolulu, Hawaii selama 11 tahun. 

Saya merasai seperti saya sudah menetap di sebuah mahligai, sehinggalah saya menghadapi satu cabaran yang hebat pada tahun 1988. Seperti ibu saya, saya juga dikesan menghidapi kanser iaitu kanser di payudara kanan bersama satu nodus limfa yang positif. Ketika itu, saya berusia 44 tahun. Saya juga bimbang mungkin saya akan meninggal dunia  pada usia 45 tahun, sama seperti ibu saya. Mujurlah, teknologi perubatan sudah banyak berkembang dari tahun lima puluhan ke tahun lapan puluhan. 

Seorang pakar onkologi yang hebat telah memberi harapan dan rawatan sesuai untuk kanser saya. Saya hanya menjalani pembedahan kecil (lumpectomy), dan diikuti terapi radiasi selama 3 minggu, dan 6 pusingan kemoterapi serta diikuti semula dengan 3 minggu radiasi. 

Kemoterapi yang diberikan kepada saya  tidak menyebabkan keguguran rambut dan saya tidak perlu memakai rambut palsu. Saya juga mengambil Tamoxifen selama 8 tahun. (Pada ketika itu, kami difahamkan bahawa Tamoxifen perlu diambil seumur hidup) 

Selepas selesai rawatan, saya melibatkan diri dalam kumpulan ‘Reach to Recovery’ di Honolulu (sebahagian dari American Cancer Society). Sebagai seorang ahli pertubuhan ini, saya cuba memberi nasihat kepada pesakit-pesakit kanser payudara dengan menunjukkan harapan iaitu masih ada kehidupan selepas kanser payudara.

Saya juga menjadi pelawat sukarela dan kemudian menjadi penyelaras pelawat sukarela ‘Reach to Recovery’ di pulau Oahu. Saya juga membantu merancang serta mengatur berbagai forum dan pameran mengenai kanser payudara. 

Pada tahun 1994, saya merasai amat besar hati apabila dianugerahkan ‘Terese Lasser Award’ oleh American Cancer Society, Cawangan Hawaii-Pacific. (Terese Lasser adalah pengasas yang mengilhamkan pertubuhan Reach to Recovery)     

Pengalaman saya menghidapi kanser payudara menyebabkan saya menilai semula kepentingan hidup. Saya sedari setiap hari itu amat berharga; saya telah memutuskan perkahwinan yang tidak berbahagia dan, mujurlah selepas itu saya bertemu dengan Marvin, seorang yang baik dan kini telah menjadi suami saya. Pada tahun 1995, kami kembali menetap di Australia kerana Marvin berkhidmat di Canberra. 

Saya harus menekankan bahawa kanser tidak boleh disembuh. Kunci untuk hidup adalah pemeriksaan payudara, mengulangi pemeriksaan dan terus memeriksa lagi.

Pesakit kanser yang masih hidup memahami perkara ini dan terus berwaspada.

Tiada keanehan tentang perkataan ‘5 atau 10 tahun dan anda tidak perlu bimbang lagi’.  Dengan pemeriksaan sendiri setiap bulan yang saya lakukan secara rutin saya telah menemui satu lagi ketulan dalam payudara kanan saya.   

Pada 1 April 1996 (hari April Fool), saya menjalani pemeriksaan mamogram yang membuktikan adanya kanser yang baru, bukan kanser ulangan dan ianya merupakan sejenis kanser yang cepat merebak. Ini bukan gurauan, dan saya bertindak secepat mungkin dengan menjalani pembedahan yang dipanggil ‘modified radical mastectomy’ dan selepas itu, saya meminta diberi kemoterapi yang intensif dengan kekuatan tinggi (CMF dan Adriamycin) yang diberikan melalui ‘Port-a-Cath’. Saya juga memilih tidak menjalani pembedahan rekonstruktif dan terus menggunakan prosthesis tanpa sebarang masalah. 

Mujurlah, Canberra mempunyai kelengkapan perubatan yang hebat temasuk seorang jururawat yang selalu melawat saya di rumah. Sebelum kanser kedua ditemui, saya memang telah melibatkan diri bersama satu kumpulan pesakit-pesakit kanser di Canberra yang dipanggil ‘Bosom Buddies’ dan mereka ini sentiasa memberi sokongan moral kepada saya. 

Sungguhpun, saya  kehilangan rambut yang cepat, terpaksa memakai rambut palsu, serta kadang kala tidak selesa dengan rawatan yang berikan (selama 9 bulan), saya juga mengalami hari-hari yang menyeronokkan dari masa kesemasa. Suami dan rakan-rakan karib sentiasa memberi sokongan moral dan menaikkan semangat saya. 

Pemulihan saya sungguh baik di mana setahun selepas pembedahan, saya dibenarkan oleh pakar onkologi untuk mengikut Marvin melawat ke Pergunungan Andes di Peru, bersiar-siar tanpa rambut palsu dan menunjukkan fesyen baru rambut saya.

Berapa bulan kemudian, saya menjadi peragawati dalam pertunjukkan fesyen dalam usaha mendapat wang bantuan penyelidikan kanser. Saya juga salah seorang pesakit kanser yang dipaparkan di dalam satu pameran gambar-gambar hitam putih yang bertajuk tanggisan, kegembiraan dan harapan (of tears, laughter and hope). 

Kini, saya menetap di Perth, Australia. Saya menjadi seorang sukarelawan ‘Breast Cancer Support Service’. Saya sungguh terharu apabila menjadi wakil tunggal dari Perth Australia, di persidangan ‘1st International Asia-Pacific Reach to Recovery International Breast Cancer Support Conference’ di Petaling Jaya Malaysia pada bulan Ogos 2002. 

Saya berasa penuh optimis mengenai masa depan saya dan sungguh berbesar hati kerana diberi peluang menceritakan kisah diri saya. Terima kasih. 

Carole Feldman
Perth, Australia
Barat
21 Ogos 2002

Catitan:
Carole telah sempat bertemu dan berbincang dengan YB Dato’ Sharizat, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga (gelaran Kementerian pada tahun tersebut) pada majlis penutup ‘1st Asia Pacific Reach to Recovery International Breast Cancer Support Conference’ pada 11hb. Ogos 2002

 

Kes barah
payudara meningkat di seluruh dunia

Setiap 3 minit, seorang wanita akan disahkan menghidap penyakit barah payudara di Amerika Syarikat.

Setiap 11 minit,
seorang wanita meninggal akibat serangan penyakit
barah payudara di Amerika Syarikat.

Setiap tahun, sebanyak 30,000 wanita dan200 lelaki disahkan menghidap penyakit barah payudara
di United Kingdom.
 

Back Home Up Next

Copyright © 2001-2008, Epromed Services Sdn Bhd
All Rights Reserved
Terms of Use