|
“You
must love those you lead before you can be an effective leader”, 11
Jun 2003 –
Eric Shinseki
Untuk ucapan penuh Shinseki
sila klik disini
Jun 2009
Dalam duabelas bulan yang lepas ini, Kolej Radiologi (KR) telah
menganjurkan Kongress Kelapan Asia Pasifik “Cardiovascular and
Interventional Radiology” pada bulan Jun 2008 dan baru-baru ini,
“Quality Assurance Programme (QAP) in Mammography” dan
"Imaging in Trauma & Emergencies"
pada akhir bulan Mei 2009.
Pada November 2009 yang akan datang, kumpulan pakar radiologi
kanak-kanak (Paediatric Radiology Special Interest Group) dengan KR akan
menganjurkan “9th Asian & Oceanic Society for Paediatric Radiology
Meeting” di Kuala Lumpur dengan tema “Paediatric Neuroimaging
Revisited”.
Sekarang kecenderungan adalah kepada subkepakaran (subspecialisation)
dan ini adalah perkembangan yang wajib. Tetapi dalam mencapai hasrat ini,
Malaysia tidak boleh mengenepikan perkembangan pakar yang “general” –
mereka yang boleh berfungsi untuk pelbagai format pengimejan serta
intervensi basik di hospital daerah dan di kawasan pedalaman, serta juga
hospital besar yang sibuk. Pakar yang lebih khusus (subkepakaran) akan
dapat menjalankan kepakarannya secara lebih efektif di hospital besar
ataupun institusi akademik. Pakar yang lebih khusus memainkan peranan
penting untuk keperluan negara kita, serta juga untuk membolehkan
Malaysia bertanding dan setaraf dengan negara-negara lain dalam “medical
tourism”.
Kalau kami meneliti negara-negara lain, termasuk jiran kita, jalan yang
kami patut ambil adalah “menghasilkan” lebih pakar yang mempunyai minat
dalam satu atau dua bidang pengkhususan yang selanjutnya tetapi masih
boleh berfungsi sebagai pakar “umum”. Ini akan memenuhi keperluan pakar
dalam bidang pengimejan, intervensi and terapeutik.
Janganlah terlalu terpegun dengan perkembangan pesat teknologi dalam
bidang perubatan. Kami sebagai pakar dalam bidang masing-masing perlu
mengingati pesakit bukanlah hanya penyakit, kanser di dalam paru-paru
ataupun urat darah yang tersumbat. Mereka adalah umat manusia. pesakit
mestilah dirawat secara menyeluruh – dari segi fizikal dan mental.
Kami mesti mengingati bahawa rawatan kami mestilah mujarab ataupun boleh
meringankan beban simptom dan kesan penyakit. Memberi rawatan
semata-mata untuk memanjangkan hayat beberapa bulan tidak semestinya
bererti kehidupan seseorang pesakit tersebut akan bermakna dan
berkualiti tinggi. Sebagai doKtor, kami perlu mengelakkan diri daripada
rawatan “hampa” ataupun yang sia-sia (futile treatment). Tindakan kami
mestilah demi kebaikan pesakit kami.
Tema “Pengimejan dalam Trauma dan Kecemasan”untuk program saintifik
dalam bulan Mei 2009 adalah tema pelbagai disiplin bidang perubatan.
Kami memerlukan kerjasama yang rapat pelbagai disiplin untuk penjagaan
berkualiti tinggi untuk pesakit kami. Tema ini juga mencerminkan
perubahan yang sedang berlaku dalam bidang perubatan secara umum.
Pemikiran semua pakar perubatan/doctor mestilah juga berubah serta juga
cara praktis perubatan. Sempadan setiap bidang perubatan sekarang tidak
lagi jelas dan kerapkali, seseorang boleh memiliki kemahiran dalam
prosidur ataupun mungkin menerokai bidang baru seperti genetic klinikal
yang melibatkan lebih daripada satu bidang perubatan. Kami mestilah
berfokus dalam memiliki pengetahuan yang terkini serta juga menjadi
pakar yang cekap dan mahir dalam rawatan kami.
Dalam tahun 2008, Kolej Radiologi
telah menyertai “Alliance for Radiation Safety in Paediatric Imaging”.
Ia merupakan cantuman 34 organisasi kesihatan. Matlamat Alliance adalah
untuk meningkatkan kesedaran untuk merendahkan dos radiasi dalam
pengimejan kanak-kanak menerusi Kempen “Image
Gently”.
Kolej Radiologi juga telah
menerbitkan pendirian badannya untuk Pemeriksaan Tomografi Berkomputer
Seluruh Badan dalam Individu yang tidak mempunyai sebarang simptom.
Untuk membacanya,
klik disini
untuk Biomedical Imaging and Intervention Journal ataupun
laman web
Radiology Malaysia.
Untuk mengakhiri mesej saya, kecergasan sesuatu agensi untuk menyebarkan
maklumat kepada orangramai akan dikemukakan. Hari ini, kami mesti
menerima hakikatnya - komunikasi mestilah secara moden. Ini akan
memastikan informasi yang penting akan sampai pada sasarannya. Kolej
Radiologi mengucapkan tahniah kepada Agensi Antarabangsa Tenaga Atomik (IAEA)
ke atas penghasilan video untuk memberitahu orangramai mengenai
perlindungan radiasi dan yang tersiar melalui YouTube. Tontonnya di sini:
Dr
Evelyn Ho
Presiden 2008-2010
Kolej Radiologi, Akademi Perubatan
Malaysia
Emel:
president@radiologymalaysia.org
Jun 2009
Klik disini untuk
ucapan dahulu |