GENERAL INFORMATION
Ø News
Ø
General Health Info
Ø Radiology & Oncology
Ø
Breast Health Info Centre
Ø Palliative Care & Cancer Support
Ø The College Of Radiology
Ø
Directories

Our patient briefings explain a variety of diagnostic procedures and treatments, how patients should prepare for them, and what patients can expect to experience during and after the procedure. These briefings are provided as a service to help patients address their medical care with less anxiety and greater comfort.

PILIHAN BAHASA MALAYSIA
Ø Ke Seksyen BM
Ø
Pusat Sumber Kanser Payudara


Interested in sponsorship of the Radiology Malaysia web site? Please click here for more information.
 

MEDICAL & RADIOLOGY PROFESSIONALS
Ø Click here, if you are a medical or radiology professional

TALKBACK (Q&A)
Ø Radiology Malaysia Forum
Ø
Having Problems using this website?
Ø Q & A Archive
Ø Send Your Feedback

MEMBERS' CORNER

Restricted Zone
Ø Register for Access
Ø Members' Homepage
Ø JobSearch
Ø Suara Radiologi/College Newsletter

 


Interested in sponsorship of the Radiology Malaysia web site? Please click here for more information.

You may also place advertisements throughout the Radiology Malaysia web site. For more information on how you may do this, please click here!
 

 

Media Centre

Information about the College of Radiology and its activities for the Media and Press.
Please Click Here!
 

This web site is best viewed at 1024 x 768 resolution using:

Windows Internet Explorer 7

OR



You should also set your display to show 16M colours for better colour reproduction.




For a complete Web Experience!


Whilst every effort is taken to ensure that information and other content on this site is as true and accurate as possible, there may be instances where errors may occur. In such an event, we should be grateful if you could notify us so that we can set the situation right.

We also take similar efforts to ensure that we do not infringe the rights of Copyright owners. Should you feel that we have committed a breach of copyright, please notify us so that we may arrange for the immediate removal of the material from this site.
 

 

Anti-Virus Info

 

Locations of visitors to this page

 

Radioterapi dan Onkologi Klinikal di Malaysia – Bagaimana ini semua bermula...
Oleh Dr Gerard Lim Chin Chye, MBBS, FRCR, Jabatan Radiotherapi dan Onkologi, Hospital Kuala Lumpur, Malaysia  - Dis 2004
Dengan penghargaan kepada yang berikut bagi sumbangan mereka:
Professor Dato’ Dr Tahir Azhar, Dato’ Dr S K Dharmalingam, Mr T Yogaratnam, Mr Khoo Boo Hock, Dr Beena Devi, Dr D Jayendran, Dr B M Biswal, Dr Perdamen Singh, Prof Dr Ismail Saad, Dr Fuad Ismail, Dr Anita Zarina Bustam, Dr Albert Lim Kok Hooi, Dr Mohd Roslan Haron, Mr Lee Kok San, Mr Mahfuz Mohd Yusop, Dr Richard Lim Boon Leong, Dr Ednin Hamzah

Nota: Artikel ini telah menerima kebenaran dari Biomedical Imaging and Intervention Journal, Biomed Imaging Interv J 2006; 2(1):e18, doi: 10.2349/biij.2.1.e18, http://www.biij.org/2006/1/e18/default.asp untuk diubahsuai untuk publikasi di Radiology Malaysia.

Kanser adalah suatu masalah kesihatan yang semakin meningkat di Malaysia. Berikutnya keterangan mengenai pembangunan onkologi klinikal yang dahulunya dikenali sebagai radioterapi dan onkologi.
 

Pembangunan Radioterapi di Kuala Lumpur

Rekod terawal terapi x-ray di Malaya adalah kewujudan tiub x-ray Crookes di Singapura pada 1914 dan tiub Coolidge pada 19201. Punca Radium dibeli bagi rawatan masalah ginekologi (sakit puan), lesi kulit dan implan bagi lesi yang tertentu. Jarum radium dan tiub radium dari Hospital Besar Ipoh, Johor Bharu dan Pulau Pinang kemudiannya dipindahkan dan disimpan di Jabatan Radioterapi dan Onkologi di Hospital Kuala Lumpur1.

Satu unit 140 kV X-ray terapi dalam (Deep Therapy) telah dipasang di Hospital Besar Singapura pada 1933. Pada tahun 1950-an, radioterapi sinaran luaran telah dihantarkan ke Kuala Lumpur bersama mesin x-ray “permukaan” (superficial) Phillips Dermopan 50 kV, mesin x-ray 200 kV Mueller dan mesin x-ray memutar Muller1. Pelan rawatan dijalankan secara manual. Perlindungan bagi struktur yang kritikal berdasarkan pemeriksaan filem dengan blok plumbum atau bentuk plumbum terpotong.

Jabatan ini berkedudukan di sebuah bangunan kayu antara Hospital Bersalin dan Unit Neurosurgeri. Unit ini tidak mempunyai katil untuk pesakitnya. Dalam julat masa antara 1950 dan 1960, perkhidmatan radioterapi dibekalkan oleh Dr Lynch, seorang Pakar Radioterapi dari Ireland, yang berkhidmat dan berulang alik antara Singapura dan Kuala Lumpur, dan Dr Lal dari Singapura.
 

Dato’ Dr S K Dharmalingam

Konsultan Radioterapi & Pekerja “awal” Jabatan Radioterapi Pertama Malaysia

Dato’ Dr S K Dharmalingam mewarisi Dr Lynch selepas pulang dari Hospital Middlesex di United Kingdom pada tahun 1960 dan dilantik sebagai Penasihat Radioterapi Malaysia yang pertama.

Encik George Pang merupakan ahli fizik pertama di Jabatan Radioterapi, Hospital Kuala Lumpur Besar pada 1960-an2. Pekerja terdiri daripada 4 konsultan tempatan dengan beberapa orang asing dari Korea dan Pakistan, 8 ketua jururawat, 28 jururawat, 40 pembantu jururawat dan kira-kira 70 pelayan. Beberapa orang pakar dari luar negeri yang bekerja dengan jabatan termasuk Profesor Roberts dari Hospital Middlesex, Profesor Keith Brittan dari Hospital St Bartholomew, dan juga doktor-doktor lain dari Korea, Pakistan dan Austria2.

Peralatan tambahan yang didapati termasuk peti radium bernilai $35,000 pada 1965 dan satu lagi mesin rawatan 300 kV ortovoltan. Pada masa itu semasa Tun Omar Ong Yoke Lin dan Tun Tan Siew Sin masing-masing masih lagi Menteri Kesihatan dan Menteri Pendidikan, sebuah peruntukkan bernilai $3 juta telah ditetapkan untuk penubuhan baru Institut Radioterapi dan Onkologi dan Perubatan Nuklear di Hospital Kuala Lumpur Besar. Pembinaan bangunan bermula pada Ogos 1967 dan disiapkan pada bulan November 1968. Bangunan itu merupakan sebuah kemudahan dengan 180 katil, teater pembedahan sendiri untuk Brakiterapi, makmal dan farmasi berasing, dan jabatan pesakit luar. Wad Kanser Ambulatori ditubuhkan untuk membekal pesakit kanser yang memerlukan tempat tumpangan tetapi tidak perlu kemasukan hospital. Ini diperlukan lebih lagi bagi mereka dari negeri lain. Sebelum penubuhan Wad Kanser Ambulatori, pesakit tersebut di masuk ke New Hotel dengan bantuan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, dan di Hospital Tai Wah lama yang telah pulihkan2. Peralatan termasuk sebuah Siemens Betatron yang membekalkan rawatan dari 5 MeV hingga 43 MeV, dan dua pemecut linear 6 MV (MEL-75)1.

 

Perubatan Nuklear di Kuala Lumpur

Perubatan Nuklear dimulakan di bawah naungan Jabatan Radioterapi dan Onkologi pada 1962. Pihak doktor yang terlibat dari awal-awal lagi termasuk Dato’ Dr Dharmalingam dan V. Mahadev4. Pakar teknik pertama, Encik Anthony Ng telah dihantar ke Royal Melbourne Institute of Technologists bagi latihannya. Makmal Radioisotop telah ditubuhkan di Hospital Universiti Kuala Lumpur pada 19671.
 

Penubuhan Bahagian Fizik Perubatan

Antara ahli fizik yang telah berkhidmat dalam tahun 70an adalah pemain badminton kebangsaan Tan Aik Huang. Pada 1974, jawatan ahli fizik diwujudkan dalam bahagian kejuruteraan Kementerian Kesihatan. Satu bengkel fizik dengan dua mesin lathe, satu mesin pembentuk, mesin penggerudi, pemotong dan satu bilik acuan fizik juga telah disediakan di institut bagi menyediakan alat perlindungan yang diperbuat plumbum serta lain alat rawatan khas. Dua mesin jenis 2502 pengukur dos (dosemeter) Farmer telah digunakan untuk memastikan banyaknya dos serta mengukur mesin voltan mega. Mesin pengukur dos secara analog Farmer telah digantikan dengan mesin digital bagi pembacaan dos yang lebih tepat.

 

Kuala Lumpur mendapat lebih peralatan terapi

Satu lagi mesin pemecut linear tunggal dan satu unit telecaesium telah dipasangkan pada 1977 dan 1978 masing-masing untuk menggantikan mesin orthovoltage. Ahli fizik telah membuat perancangan isodose dengan pengiraan secara manual sehingga satu perancang rawatan secara berkomputer, Mevaplan, telah diperkenalkan kepada jabatan di bawah suatu projek mempertingkat serta menggantikan mesin lama pada in 1987 dan 19883.

Fasa II pembangunan Institut ini lengkap pada 1995, dan kemudahan seperti Pusat Penjagaan Harian serta pembaharuan bilik pembedahan telah dicapai. Dengan pemasangan dua pemecut linear yang canggih dan terbaru pada 1997 dan 2001, satu sistem beban hilir kawalan jauh (remote afterloading system) Brakiterapi dos berkadar tinggi pada 1997, sistem merancang rawatan tiga dimensi, simulator pengimejan digital pada 2001, jabatan ini dapat menawarkan radiosurgeri stereotaktik, Brakiterapi Kadar Dos Tinggi, radioterapi conformal dengan kolimator dan irradiasi penuh badan. Irradiasi penuh badan di Hospital Kuala Lumpur digunakan untuk program transplan sum-sum tulang di kedua-dua Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur sendiri.

Radiosurgeri Stereotaktik dimulakan di Hospital Kuala Lumpur pada 4 Mac 1999. Sistem beban hilir kawalan jauh Brakiterapi dos berkadar tinggi telah mengambil alih sistem beban hilir manual sepenuhnya sejak Oktober 2003 di Hospital Kuala Lumpur.
 

Perkembangan Radioterapi dan Onkologi di Sarawak

Jabatan Radioterapi dan Onkologi di Hospital Besar Sarawak telah dibuka secara rasmi pada 15 Ogos 1985. Pakar Onkologi Klinikal yang pertama berkhidmat di Sarawak ialah Dr Jaswant Singh.

Bahagian Perubatan Nuklear telah dimulakan pada waktu yang sama. Pada 1993, kemoterapi harian telah dimulakan dalam jabatan ini. Kini jabatan ini ada 68 katil. Mula-mula, jabatan ini mempunyai dua pemecut linear, simulator konvensional dan satu mesin beban hilir kawalan jauh Brakiterapi dos berkadar medium Buchler yang menggunakan punca radioaktif Caesium-137. Satu mesin kobalt baru telah dipasang di jabatan ini pada 1996. Salah satu daripada pemecut linear telah digantikan dengan mesin baru pada 1997. Pada Jun 2001, unit Brakiterapi Buchler telah digantikan dengan unit Brakiterapi HDR. Pesakit dengan kanser nasofaringeal (hidung/tekak) di Hospital Besar Sarawak sekarang dapat dirawat dengan Brakiterapi kerana dahulunya mesin Brakiterapi hanya merawat pesakit dengan masalah sakit puan malignan5.

Perkhidmatan Penjagaan Paliatif di Sarawak

Perkhidmatan Penjagaan Paliatif telah dimulakan di Pejabat Radioterapi & Onkologi dan Perkhidmatan Penjagaan Hospis di rumah bermula sejak 1995 di Kuching. Menjelang 1996, Perkhidmatan Penjagaan Hospis di rumah telah menjangkau seluruh negeri apabila lebih ramai jururawat dari seluruh Sarawak menerima latihan. Pada 2003, satu wad untuk Penjagaan Paliatif telah siap dibina. Jabatan ini kini mempunyai 16 katil bagi penjagaan paliatif, iaitu 8 katil bagi penjagaan rapi dan 8 katil untuk penjagaan sambungan. Unit Penjagaan Paliatif di jabatan ini mempunyai tugas memastikan perkhidmatan penjagaan paliatif dimajukan dengan teratur dan perkhidmatan ini disediakan untuk sesiapa yang memerlukan perkhidmatan ini di Sarawak. Satu sistem menghantar ubat disediakan untuk memastikan pesakit di kawasan terpencil Sarawak juga dapat menerima ubat mereka bagi melegakan simptom mereka. Latihan penjagaan paliatif bagi doktor, jururawat dan paramedik dijalankan oleh Jabatan Radioterapi dan Onkologi di Hospital Besar Sarawak sejak 1995. Latihan ini mula-mula dijalankan di Hospital Besar Sarawak, dan kemudian dilanjutkan ke Sibu pada 1996 dan Miri pada 1997.

Latihan Pengawasan Awal Kanser (Early Cancer Surveillance Training) dimulakan pada 1995 memandangkan lebih daripada 70% daripada pesakit mempunyai kanser yang lazim seperti nasofaringeal, payudara dan serviks hanya dikesan pada tahap lewat. Latihan ini melibatkan teori serta sesi praktikal bagi pihak jururawat dan pembantu perubatan dari pelbagai hospital dan klinik berdekatan.

Kumpulan Sokongan Kanser Payudara

Kumpulan sokongan kanser payudara telah bermula pada tahun 1993. Selain daripada mesyuarat bulanan kumpulan sokongan kanser payudara yang tetap, kumpulan ini telah melancarkan beberapa majlis untuk pesakit dalam Jabatan serta upacara makan malam tahunan. Hasil permintaan orang ramai, sebuah kumpulan sokongan pesakit kanser telah dimulakan pada tahun 1997 dengan kumpulan berasingan untuk kedua-dua jantina. Pesakit-pesakit ini akan berjumpa dari masa ke semasa untuk berbincang dan berkongsi pengalaman dan kegemaran mereka.

Dr. Paola Pisani dari unit Epidemiologi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Lyon, Perancis melawati Sarawak dari Jun 6- 10, 2001 untuk membantu Dr Beena dalam menganalisis data mengenai insiden atau kekerapan kanser nasofaringeal di Sarawak.

 

>>> Radioterapi dan Onkologi di Universiti
 

Bibliografi
  1. A A Tajuddin, D A Bradley (eds). Centennial of the X-ray. An Account of Developments in Radiological Physics and Radiology in Malaya and Malaysia. Penang. Malaysian Institute of Physics. 1995.
  2. Dato’ Dr S K Dharmalingam. Personal Communication.
  3. Khoo Boo Huat. Personal communication.
  4. Lee Kok Sun. Personal communication.
  5. Beena Devi. Personal communication.
  6. Biswa Mohan Biswal. Personal communication.
  7. Lim G C C, Halimah Yahaya, Lim T O (Eds). The First Report of the National Cancer Registry. Cancer Incidence in Malaysia 2002. National Cancer Registry. Kuala Lumpur. Excellence In-Tech Sdn Bhd, 2003. (also available on-line: http://www.acrm.org.my/ncr/)
  8. Zarihah M Z, Mohd Yusoff H, Devaraj T, et al. Penang Cancer Registry Report 1994-1998. Penang. Penang Cancer Registry. 2003.
  9. Maju Tanpa Kanser. Berita MMA.1995;Vol 25:1 (col 1-3), 5 (col 3).
  10. Tang TS, Devi B. Early cancer surveillance programme in Sarawak. Proceedings of the 13th Asia Pacific Cancer Conference. Penang. 1996; 620.
  11. Narimah A, Rugayah B, Tahir A, Maimunah A H. Cervical Cancer Screening. Pap smear examination. In: Public Health Institute, Ministry of Health of Malaysia. National Health and Morbidity Survey 1996. Kuala Lumpur: Ministry of Health, 1999; 19:16.
  12. Research in K.L. on oral cancer. Govt. all-out to recruit specialists. The Malay Mail. Tuesday. October 5, 1971.
  13. Proceedings of the IAEA Regional Training Course. Brachytherapy of the Uterine Cancer Using Manual and Remote After-loading Techniques. International Atomic Energy Agency. 1988.
  14. Medicine in Malaysia: Radiotherapy and Oncology. A K H Lim. Med J Malaysia. 50 (Suppl A):S39-41. 1995.
     

 


Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved

Terms of Use

Last Updated:
Tuesday, 01 January 2008