|
| |
|
|
Sehari Dalam Kehidupan Pakar
Onkologi Radiasi di Adelaide, Australia
Oleh Dr Martin Borg MD FRANZCR |
Dr
Martin Borg adalah seorang Pakar Senior Onkologi Radiasi di
Royal Adelaide Hospital. Beliau juga adalah Setiausaha
Fakulti Onkologi Radiasi, Kolej DiRaja Radiologi Australia
dan New Zealand.
Pembaca diingatkan bahawa cerita ini hanya berkaitan dengan
Hospital DiRaja Adelaide di Australia dan keadaan mungkin
berlainan dari pusat ke pusat . Memang terdapat perbezaan
antara Malaysia dan Australia dan anda digalakkan untuk
mendalaminya lagi dengan membaca temu
bual dengan Dr Gerard Lim, Ketua Jabatan, Jabatan
Radioterapi dan Onkologi, Hospital Kuala Lumpur.
|
|
Apakah itu Onkologi Radiasi atau
Siapa Pakar Onkologi Radiasi? |
| |
 |
|
Gambar 1 –
Pemecut Linear |
| |
Onkologi Radiasi adalah suatu kepakaran yang berkaitan
rawatan tumor berbahaya dan tidak berbahaya, serta beberapa
keadaan tidak berbahaya seperti penyakit jantung ischaemic.
Pakar Onkologi Radiasi adalah doktor perubatan yang pakar
dalam bidang ini dan dapat mencadangkan terapi radiasi (secara
luaran menggunakan Pemecut Linear, atau dalaman menggunakan
isotop radioaktif (brachytherapy), Gambar 1 dan 2) terpulang
kepada keadaannya.
 |
|
Gambar 2 - Brachytherapy
|
|
|
Hari biasa Pakar Onkologi Radiasi di
Hospital DiRaja Adelaide |
|
Pada waktu pagi…
Kerana kanser adalah sesuatu keadaan biasa yang melanda 1
daripada setiap 3 orang dalam hayat mereka (di Malaysia,
kanser melanda 1 daripada 4 orang dalam hayat mereka), kerja
kami memakan masa sebahagian besar daripada minggu kami.
Umumnya, kerja bermula pada pukul 8.00 pagi dengan suatu
mesyuarat bersama-sama pakar-pakar dari semua bidang
termasuk pakar bedah, pakar perubatan, pakar radiologi,
pakar patologi, jururawat, pekerja kebajikan, pakar genetik,
pengurus data, dan pakar onkologi perubatan yang bertemu
untuk berbincang mengenai beberapa pesakit. Pesakit baru dan
klinik sambungan bermula pada pukul 9 pagi. Di sini, pesakit
yang telah dirujuk ke Jabatan Radiasi Onkologi bagi kali
pertama akan diperiksa dan diberi penerangan secara lisan,
tertulis dan kadang kala secara visual mengenai radioterapi
yang dicadangkan. Pesakit yang telah menjalankan rawatan
lengkap juga akan datang untuk diperiksa semula tindak balas
mereka terhadap rawatan, demi mengenal pasti sama ada
penimbulan kanser semula berlaku serta mengawal sebarang
kesan sampingan yang mungkin berlaku.
|
|
|

Onkologi Radiasi merupakan satu peluang yang baik
untuk bekerja sama dengan jurutera, ahli fizik, ahli
biologi, pakar anatomi, lain pakar onkologi, pakar
rawatan paliatif dan lain pekerja |
Semasa
makan tengah hari…
Waktu makan tengah hari
kadang kala di ambil alih oleh mesyuarat jabatan, biasanya
mesyuarat berkaitan meningkatkan mutu perkhidmatan, iaitu
apabila rancangan rawatan pesakit diteliti semula oleh pakar,
pelatih dan juru terapi radiasi. Juru terapi radiasi mahir
dalam bidang merancang dan melaksanakan terapi radiasi.
Mereka dilatih khas untuk mengendalikan Pemecut Linear.
Pemecut Linear ini adalah suatu mesin yang dikawal komputer
yang menghantar terapi radiasi dengan tepat ke atas tumor
atau kawasan yang diingini.(Gambar 1).
Pada waktu
tengah hari…dan waktu petang…
Waktu
tengah hari biasanya padat dengan lawatan ke pelbagai
hospital untuk bertemu dengan pesakit klinik lawatan serta
pesakit di wad. Kemudian, pada waktu petang beberapa
mesyuarat berlangsung, biasanya semasa sesuatu makan malam
yang ditaja. Pakar perubatan akan mengambil giliran untuk
berbincang mengenai beberapa topik semasa seperti
mengendalikan kanser payudara, diikuti perbincangan dan
disertai oleh lawatan seorang pakar dari negara atau negara
lain. Pertemuan ini biasanya dianjurkan oleh beberapa
kumpulan pakar Australia Selatan yang terdiri dari pakar
perubatan (seperti Kumpulan Pengkaji Kepala dan Leher “Head
and Neck Study Group”)
Merancang
terapi radiasi …
Pada hari
lain, pakar radiasi onkologi mungkin akan menghabiskan 2-3
jam di bilik perancangan, untuk merancang pengendalian
radiasi (bersama juru terapi radiasi dan pakar fizik) bagi
sesuatu kes tertentu menggunakan sistem merancang komputer
3-dimensi demi mengesyorkan ketepatan menghasilkan keadaan
tersebut setiap kali diingini. Rancangan ini termasuk
menggabung mesin pengesanan MRI, CT dan PET, dan
menggabungkan penyiasatan klinikal, pembedahan dan patologi,
berdasarkan pengetahuan luas kemajuan sejarah sesuatu tumor.
Semua maklumat ini digabung untuk membentuk pelan rawatan
demi kebaikan sesuatu pesakit. Radiasi Onkologi, terutama
sekali dengan kemajuan dalam bidang perancangan menggunakan
komputer serta Pemecut Linear yang termoden, merupakan
peluang menarik untuk bekerjasama dengan jurutera, pakar
fizik perubatan, ahli biologi, pakar anatomi, lain pakar
onkologi, pakar rawatan paliatif serta lain kaki tangan.
|
|
Bagaimanakah mendapat latihan
Onkologi Radiasi di Australia? |
|
Kursus latihan dianjurkan oleh Kolej DiRaja Pakar Radiologi
Australia dan New Zealand, Fakulti Radiasi Onkologi. Kursus
ini dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian 1 melibatkan
kursus 1-2 tahun dalam bidang Radiobiologi, Fizik Radiasi
dan Anatomi. Bahagian kedua pula melibatkan 3 tahun lagi dan
peperiksaan kedua dan terakhir dalam bidang Onkologi Radiasi,
Onkologi Perubatan, Rawatan Paliatif, Hematologi dan
Patologi.
Di antara peperiksaan bahagian 1 dan 2, modul-modul dalam
bidang statistik, onkologi radiasi pediatrik, kanser
payudara dan lain topik berkaitan diadakan. Latihan ini
percuma memandangkan setiap jabatan menjalankan kursus
mengajar mereka tersendiri yang tersusun. Semua registrar
atau pelatih mesti digajikan dalam suatu jawatan latihan
yang disahkan, atau jika ditaja (biasanya bagi mereka dari
luar negara) mesti bekerja sebagai Registrar Pelatih. Adalah
diwajibkan semua pakar perubatan meluangkan masa untuk
mengajar. Walaupun semua kepakaran yang tertera di atas
melibatkan banyak pembelajaran teori (buku, CD,dan
sebagainya), semua calon akan dinilaikan atas kebolehan
mereka untuk menggunakan teori (aplikasi) ini kepada kes-kes
individu masing-masing.
|
|
Mengapakah saya menjadi seorang
Pakar Onkologi Radiasi? |
|
Saya tertarik dengan Onkologi Radiasi kerana ini membuka
peluang untuk melibatkan diri dalam kes-kes kanser dan
kebolehan untuk merawat atau membantu mereka hidup kehidupan
mereka yang tertinggal dengan harga diri dan kehormatan.
Selain daripada kepuasan peribadi yang terdapat dari
mengajar dan membuat penyelidikan, keberanian yang
ditunjukkan oleh pesakit kanser serta kebesaran hati kaki
tangan hospital sendiri adalah antara kebaikan yang didapati
dari kerjaya ini. Gajinya juga cukup baik!
|
|
Siapakah Rakan Sejawat Pakar
Onkologi Radiasi Australia di Malaysia? |
Radiologi Malaysia berbual dengan Dr Gerard Lim, Ketua,
Jabatan Radioterapi and Onkologi, Hospital Kuala Lumpur. (Maklumat
diperbaharui Julai 2004).
Penyunting: Dr
Martin Borg telah memberi penerangan mengenai sehari dalam
kehidupan Pakar Onkologi Radiasi Australia. Adakah ini sama
bagi pakar di Malaysia?
Dr Lim: Di Malaysia, sistem dan latihan yang diikuti
adalah sedemikian untuk membolehkan pakar yang digelar Pakar
Onkologi Klinikal boleh melaksanakan terapi radiasi,
kemoterapi dan juga terapi hormon. Di Australia, Pakar
Onkologi Radiasi biasanya hanya bekerja dengan terapi
radiasi, walaupun latihan mereka juga termasuk modul lain
seperti Onkologi Perubatan. Oleh itu kerja seharian kami di
Malaysia juga termasuk kedua-dua aspek terapi radiasi (merancang
dan membuat keputusan) termasuk onkologi perubatan. Dalam
kata lain, seorang pesakit hanya perlu berjumpa dengan
seorang Pakar Onkologi Klinikal jika rawatan kansernya
memerlukan kedua-dua radiasi dan kemoterapi, walaupun
pengendalian terapi ini adalah pada masa yang berlainan.
Penyunting: Apakah negara-negara lain yang mengikuti
sistem Onkologi Klinikal ini–Kepakaran yang di satukan?
Dr Lim: Britain, Ireland, Sri Lanka, Hong Kong,
Afrika Selatan.
Penyunting: Kami diberitahu bahawa terdapat
kekurangan Pakar Onkologi Klinikal yang ketara. Apakah
langkah yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia untuk
mengatasi keadaan ini?
Dr Lim: Kami telah berjaya melancarkan satu latihan
tempatan dengan pengambilan pelatih pertama bermula pada Jun
2002 untuk Sarjana Onkologi Klinikal di Universiti Malaya.
Kumpulan perintis ini terdiri daripada 3 calon, satu dari
Kementerian Kesihatan, satu dari Universiti Kebangsaan
Malaysia dan satu dari Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Sejak itu, kami telah mengambil kumpulan ketiga. Peperiksaan
profesional telah dijalankan 2 kali dengan pemeriksa dari
Australia dan sebuah universiti tempatan
Latihan juga boleh dijalankan di luar negara. Ini biasanya
di UK tetapi Kolej Radiologi Hong Kong/ the Hong Kong
College of Radiologists (HKCR) juga menawarkan tempat untuk
calon dari Malaysia. HKCR juga mengendalikan peperiksaan
yang sama seperti di United Kingdom, iaitu the Fellowship of
the Royal College of Radiology (FRCR).
Satu perkara baru adalah calon yang ingin pergi ke luar
negara mesti lulus FRCR bahagian 1 bersendirian.
Penyunting: Adakah anda mempunyai apa-apa pesanan
kepada rakyat Malaysia?
Dr Lim: Beban kanser di Malaysia memang tinggi -
Kanser adalah pembunuh keempat besarnya tetapi kami hanya
mempunyai tenaga kerja yang terhad dalam bidang perubatan
ini. Selain Pakar Onkologi Klinikal, kami juga memerlukan
lebih jururawat, juru terapi radiasi, pakar fizik perubatan
dan seterusnya kerana rawatan kanser memerlukan sekumpulan
orang yang terlatih, berwibawa dan berdikari.
Saya ingin menggalakkan lebih orang menceburkan diri dalam
bidang ini.
Nota penyunting:
Untuk membaca lebih mengenai kerjaya dalam bidang Onkologi
Klinikal, sila tekan sini
|
Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved
Terms
of Use Last
Updated:
Tuesday, 04 January 2005 |
|