 |
|
Imej
ultrasound hepar |
Apakah ultrasound?
Ultrasonografi adalah suatu kaedah pemeriksaan badan menggunakan gelombang bunyi
pada frekuensi tinggi. Ini tidak asing kepada kaum ibu kerana mereka biasanya
akan menjalankan ultrasound semasa kehamilan mereka. Kaedah pengimejan ini
adalah hasil daripada teknologi radar dan telah wujud berpuluh tahun.
Ini berdasarkan fakta bahawa gelombang bunyi akan dipantul oleh objek dan
gelombang pantulan ini boleh dibaca oleh komputer dan kemudian diubah balik
kepada imej. Gelombang bunyi yang digunakan dalam pengimejan perubatan adalah
antara 2 hingga 20 MHz; maka mereka dikenali sebagai ultrasound, kerana
frekuensi yang tinggi.
Apakah Penggunaan ultrasound?
Sejak penggunaan secara meluas mula-mula dalam tahun enam puluhan, pada
permulaannya tiada kesan sampingan telah dilaporkan bagi kes-kes obstetrik
(wanita hamil). Gelombang ultrasound tidak melibatkan sinaran x dan radiasi.
Itulah sebabnya pemeriksaan jenis ini diutamakan pada kanak-kanak dan wanita
hamil. Bagi kehamilan, gelombang ultrasound digunakan untuk menentukan umur dan
kesihatan keseluruhan janin. Gelombang ultrasound juga berguna untuk memeriksa
pelbagai organ dalam badan seperti otak, hati, organ-organ di kalangan perut dan
pelvis, saluran-saluran darah, sendi-sendi, payudara dan sebagainya.
Gelombang ultrasound berguna dalam menaksir otak dan saraf
tunjang bayi baru lahir dan bayi-bayi muda. Untuk jantung, ia membenarkan
penilaian fungsi jantung terutama injap-injap dan bendalir sekitar jantung tanpa
perlu untuk prosedur invasif. Ini dipanggil ekokardiografi dan biasanya
dilakukan oleh pakar-pakar kardiologi. Gelombang ultrasound adalah penyelidikan
pilihan untuk memeriksa batu karang dan batu-batu ginjal, dan adalah cemerlang
sebagai satu kaedah saringan untuk menilai pelvis. Penilaian saluran-saluran
darah adalah dibuat oleh kajian Doppler.
Siapakah yang menjalankan ultrasound?
Banyak jabatan-jabatan radiologi dan obstetrik mempunyai kemudahan-kemudahan
mesin ultrasound. Beberapa doktor famili mempunyai mesin ultasound di
klinik-klinik mereka. Bagaimanapun, tahap kepakaran untuk mentafsirkan imej
ultrasound berbeza-beza. Adalah disyorkan pemeriksaan ultrasound dijalankan oleh
pakar-pakar yang terlatih dalam bidang ini demi mendapat faedah maksimum dari
pemeriksaan.
Pemeriksaan canggih seperti pemeriksaan ultrasound vaskular
(Pengkajian Doppler) atau ultrasonografi endoskopi (untuk memeriksa di dalam
usus) bagaimanapun, terhad kepada pusat-pusat radiologi tertentu.
Apakah persediaan bagi sebuah pemeriksaan ultrasound?
Pemeriksaan ultrasound senang diperolehi dan dalam kebanyakan kes, boleh dibuat
dengan serta-merta. Bagaimanapun, dalam situasi-situasi tertentu, persediaan
diperlukan. Dalam satu pemeriksaan ultrasound bagi pundi hempedu, meskipun
persediaan bukan wajib, berpuasa semalaman adalah berguna untuk menggelembung
pundi hempedu dan membenarkan penilaian lebih baik. Dalam satu pemeriksaan
ultrasound pelvis, pesakit diperlukan untuk mengisi pundi kencing dengan meminum
banyak bendalir. Ini adalah untuk membenarkan penilaian struktur-struktur di
belakang pundi kencing umpamanya uterus dan ovari. Pemeriksaan ultrasound khas
dan canggih seperti intravaskular atau endoskopi akan memerlukan persediaan
sama sebagai mana-mana pemeriksaan angiografi atau endoskopi.
Apakah yang berlaku semasa pemeriksaan ultrasound?
Pada waktu pemeriksaan, pesakit akan dikehendaki berbaring, dengan bahagian
untuk diperiksa terdedah. Gel diaplikasikan di transducer (alat skan) tersebut
dan digerakkan pada permukaan kulit yang meliputi organ yang perlu diperiksa.
Apabila alat transducer yang diliputi gel menyentuh kulit, ini mungkin akan
menimbulkan perasaan sejuk. Pesakit boleh diminta untuk mengalihkan badan dalam
pelbagai posisi untuk membenarkan gambaran lebih baik bagi organ tertentu,
contoh - untuk beralih pada sebelah kiri apabila ingin memeriksa pundi hempedu
atau untuk duduk dengan kaki berjuntai di tepi meja untuk memeriksa vena varikos
di kaki. Sekali sekala, semasa pemeriksaan, doktor itu boleh meningkatkan
tekanan dengan alat transducer pada permukaan kulit dengan tujuan melihat
struktur-struktur tertentu lebih baik. Ini tidak sakit biasanya, tetapi jika
kesakitan dirasai, pesakit harus memberitahu doktor itu. Imej-imej ultrasound
akan ternyata di monitor terus menerus imej dijanakan oleh komputer selepas
informasi ultrasound diterima oleh alat transducer. |