|
| |
|
|
|
Pemeriksaan X-ray Lain Yang Menggunakan
Media Kontras
|
|
erdapat
beberapa pemeriksaan berasas X-ray lain yang jarang dijalankan akibat
pemeriksaan yang baru dan moden. Walau bagaimanapun, pemeriksaan-pemeriksaan ini
masih merupakan bahagian asas Radiologi, terutamanya apabila kaedah-kaedah yang
baru tidak dapat didapati. Seperti pemeriksaan X-ray yang lain yang menggunakan
medium kontras, pesakit yang mempunyai alahan atau lelah patut diberitahu kepada
Pakar Radiologi atau juru x ray yang bertugas. Walaupun pemeriksaan ini
melibatkan pendedahan kepada radiasi mengion, risikonya adalah minimum apabila
mengambil kira kebaikannya kepada pesakit dari segi diagnosis bagi kawalan
seterusnya. Pemeriksaan ini akan diterangkan dengan ringkas.
|
|
Mielografi (myelography)
|
|
Ini adalah pemeriksaan X-ray khas yang menunjukkan saraf tunjang dan akar saraf
melalui suntikan medium kontras ke dalam kanal saraf tunjang dengan jarum ke
dalam bahagian tulang belakang pesakit. Medium kontras akan membuat garis kasar
pada saraf tunjang dan akar saraf. Pemeriksaan ini biasanya digunakan untuk
menilai sebab punca sakit tulang belakang, siatika atau masalah saraf yang lain.
Pemeriksaan ini kini diganti MRI. Walau bagaimanapun, untuk pesakit yang tidak boleh menjalankan
pemeriksaan MRI , maka mielografi diikuti
skan CT mungkin adalah pemeriksaan pilihan.
Pesakit perlu memberitahu Pakar Radiologi yang bertugas sekiranya
dia mengambil ubat anti-epileptik. Pemeriksaan adalah dibuat dengan membersihkan
satu bahagian kulit permukaan tulang belakang diikuti oleh ubat bius tempatan
yang akan disuntik. Kemudian, sebilah jarum halus akan digunakan untuk menyuntik
medium kontras ke dalam kanal saraf tunjang dan seterusnya, jarum itu di
keluarkan. Selepas ini, gambaran menggunakan X-ray akan diambil. Meja di mana
pesakit berbaring di atas mungkin perlu ditundukkan ke bawah atau ke atas
sementara Pakar Radiologi mengambil gambaran X-ray/fluoroskopi. Dalam kebanyakan
kes, mielografi akan diikuti oleh pemeriksaan CT.
Selepas pemeriksaan, pesakit perlu berehat dalam katil dengan
kepalanya dinaikkan. Cecair yang banyak digalakkan dan pesakit boleh makan
seperti biasa dan rehat untuk 4 ke 6 jam biasanya dinasihati.
Kesan sambilan yang
biasa daripada pemeriksaan adalah rasa pening kepala dengan sedikit perasaan
tidak seimbang, yang biasanya boleh diubati dengan Paracetamol atau aspirin.
|
|
Kolangiografi |
|
Pemeriksaan X-ray ini terdiri daripada beberapa pemeriksaan yang berlainan untuk
menunjukkan duktus hempedu dalam hati dan kadangkala pundi hempedu. Pemeriksaan
ini dijalankan untuk mencari punca jaundis dalam seorang pesakit. Terdapat
beberapa kaedah untuk menjalankan prosedur ini. Persediaan untuk semua jenis
pemeriksaan yang berlainan adalah berbeza dan Pakar Radiologi serta doktor yang
bertugas akan menentukan jenis pemeriksaan yang paling sesuai untuk pesakit.
Pemeriksaan ini akan dibuat dengan “menebuk” jarum terus ke dalam hati dan
suntikan medium kontras ke dalam duktus hempedu (dipanggil kolangiografi
perkutaneus transhepatik), menyuntikkan medium kontras melalui tiub yang diletak
pada masa pembedahan (dipanggil tiub-T kolangiografi) atau mengikuti pergerakan
endoskop bawah ke dalam esofagus dan perut (endoskop) dan menyuntikkan medium
kontras ke dalam duktus hempedu (dipanggil kolangiopankreatografi retrogred
endoskopi)
|
|
Sinografi |
Pemeriksaan X-ray ini dijalankan untuk menunjukkan tempat dan laluan sebarang
lelehan luar biasa pada permukaan kulit. Ini dibuat dengan meletakkan tiub yang
halus ke dalam pembukaan lelehan keluar (dipanggil sinus) diikuti dengan
suntikan medium kontras. Gambaran diambil oleh X-ray. Dalam kes-kes tertentu,
Pakar Radiologi yang bertugas akan bercadang untuk menjalankan skan CT demi
melihat laluannya ke dalam tubuh badan dengan lebih jelas.
|
|
Dakriosistografi |
|
Pemeriksaan ini
berguna untuk menunjukkan sekatan duktus, yang biasanya mengeluarkan air mata
dari mata, yang mungkin akan menyebabkan air mata berlebihan dalam pesakit.
Untuk membuat ini, satu kateter halus atau jarum diletakkan ke dalam duktus air
mata yang berkedudukan dalam bahagian dalam litupan mata dan medium kontras akan
disuntik. Gambaran X-ray akan diambil kemudiannya.
|
|
Sialografi |
|
Pemeriksaan ini
adalah untuk menunjukkan duktus dalam kelenjar air liur demi menunjukkan
kehadiran batu karang, penyempitan akibat penyakit yang lain yang mungkin adalah
punca kelenjar air liur berkembang dan terasa sakit. Tiub atau jarum yang halus
dimasukkan ke dalam pembukaan duktus air liur yang terletak dalam mulut dan
medium kontras disuntik ke dalam. Gambaran X-ray diambil kemudiannya.
Kadangkala, pemeriksaan ini diikuti oleh skan CT . Kemungkinan terdapat
ketidakselesaan dalam kelenjar air liur apabila medium kontras disuntik ke dalam
duktus. Medium kontras mungkin juga mempunyai rasa yang kurang sedap.
|
|
|
|
Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved
Terms
of Use Last
Updated:
Tuesday, 01 January 2008 |
|