|
 |
|
Skan MRI
menunjukkan ketumbuhan kelenjar pituitari |
|
 |
|
Skan MRI otak
menunjukkan pendarahan subdural |
Apakah MRI?
Ini adalah sejenis pemeriksaan pada badan manusia yang menggunakan gelombang
elektromagnet dan komputer canggih untuk menghasilkan gambaran organ dalaman
badan manusia. Untuk melakukan ini, pesakit akan diletakkan dalam ruang kosong
sebuah magnet besar, yang menghasilkan medan magnet beberapa ribu kali ganda
kuat daripada Bumi.
MRI digunakan untuk...
Gelombang radio digunakan untuk menghasilkan gambaran struktur dalaman badan.
Ini satu-satunya cara bukan invasif untuk melihat ke dalam badan manusia tanpa
menggunakan kateter atau pembedahan. Struktur sekecil sebesar satu milimeter
dalam diameter boleh digambarkan. Penggambaran tisu dapat diperoleh. Saluran
darah (pembuluh darah) boleh juga diimej tanpa menyuntik kontras medium.
Struktur dan fungsi jantung juga boleh diperoleh. Gambaran yang diperoleh boleh
dikaji oleh Pakar Radiologi untuk mencari bukti penyakit. Tidak terdapat radiasi
dan tiada risiko yang diketahui terhadap golongan kanak-kanak atau dewasa.
Apakah jenis alat-alat skan MR yang berbeza?
Terdapat beberapa jenis alat skan MR. Jenis yang menggunakan magnet yang lebih
kuat biasanya menghasilkan gambaran yang lebih baik. Alat skan MR terdiri
daripada sebuah magnet dengan lubang laras di tengah yang dikenali sebagai bor.
Pesakit akan diletakkan dalam bor magnet ini. Bor mempunyai diameter yang
berlainan dan mungkin sekecil 60 cm. Panjang bor adalah lebih kurang 1.5m. Walau
bagaimanapun terdapat alat skan MR yang mempunyai magnet terbuka. Ini akan lebih
sesuai untuk pesakit yang mungkin tidak boleh tertahan berada dalam tempat yang
tertutup dan sempit alat skan MR. Prosedur intervensi dengan panduan MR juga
mungkin dijalankan dengan mengguna alat skan MR magnet terbuka.
Siapa yang boleh menjalani skan MRI? Langkah-langkah keselamatan
yang perlu diambil kira
Majoriti pesakit boleh menjalani skan MRI. Prosedur ini juga selamat untuk
wanita yang sudah mengandung melebihi empat bulan. Mereka yang kurang empat
bulan mengandung harus berbincang dengan doktor mereka dan Pakar Radiologi yang
menyelia pemeriksaan sama ada pemeriksaan ini diperlukan ataupun terdapat kaedah
pengimejan lain yang boleh memberi maklumat yang sama.
Lazimnya, pesakit yang berat badannya melebihi 140 kilogram tidak boleh
menjalankan prosedur pemeriksaan MRI. Walaubagaimanapun, teknologi telah mara
dengan rekaan bentuk MRI terbaru yang mempunyai bor yang lebih besar sekarang.
MRI boleh menyebabkan kecederaan
parah ataupun maut jika pesakit mempunyai bahan logam dalam badan mereka.
Pesakit-pesakit yang mengandungi objek-objek dalam senarai berikut umumnya tidak
boleh menjalani pemeriksaan MRI tetapi pada hari ini, dengan menggunakan bahan
baru untuk peralatan dalam badan, MRI menjadi satu kemungkinan. Walau
bagaimanapun, adalah penting untuk menyemak senarai ini untuk memastikan
prosedur MRI yang selamat.
 |
|
Skanner MRI terbuka dan pesakit yang
tengah diskan ternampak melalui tingkap kaca berplumbum (leadglass)
oleh Pakar Radiologi ataupun juru x-ray yang menyelia pemeriksaan MR
ini di dalam bilik kawalan |
Apakah
persediaan yang harus diambil sebelum MRI?
Ini bergantung kepada
bahagian badan pesakit yang akan diperiksa, pesakit mungkin diperlukan berpuasa
(tidak makan dan minum) selama enam jam sebelum pemeriksaan. Pada masa
pemeriksaan, pesakit wanita seharusnya tidak memakai sebarang mekap muka kerana
ini akan menjejaskan gambaran yang diperoleh. Pesakit mungkin diperlukan untuk
bertukar kepada gaun hospital dan menanggalkan semua bahan logam (seperti barang
kemas, tali pinggang, kancing, pin dan sebagainya) sebelum memasuki bilik skan
MRI.
Apakah
yang akan berlaku semasa MRI?
Selepas menemu ramah
pesakit, juru radiografi/x-ray akan menolong pesakit baring di atas katil alat
skan. Saudara mara yang rapat mungkin boleh dibenarkan dalam bilik skan bersama
pesakit semasa pemeriksaan, jika perlu. Penyumbat telinga juga dibekalkan kepada
pesakit, kerana akan terdengar bunyi ketukan kuat semasa pemeriksaan. Katil skan
kemudian akan dimasukkan ke dalam terowong (bor) magnet. Adalah penting bagi
pesakit untuk berbaring tanpa bergerak sepanjang pemeriksaan. Sedatif mungkin
akan diberi kepada kanak-kanak dan untuk pesakit-pesakit yang senang terganggu.
Bagi beberapa unit MRI, proses skan ini dijalankan di bawah anestesia bagi
kanak-kanak.
Pihak
juru radiografi boleh dihubung menggunakan interkom sepanjang prosedur. Juru
radiografi akan dapat memerhatikan pesakit melalui sebuah tingkap kaca di bilik
kawalan atau melalui monitor TV menggunakan kamera yang dihalakan ke dalam mesin
skan. Pakar Radiologi mungkin akan memutus untuk memberi pesakit suntikan media
kontras khas (gadolinium) bagi skan MRI. Ini boleh menghasilkan perasaan hangat
seketika. Masa pemeriksaan berbeza dari 15-45 minit (atau lebih singkat)
bergantung pada bahagian badan yang diperiksa dan juga bergantung kepada
kekuatan magnet. Umumnya, tiada kesan sampingan daripada pemeriksaan ini.
|