|
Pengenalan
Orang ramai menganggap Pakar Radiologi hanya membuat diagnosis dan tidak
terlibat dalam rawatan seseorang pesakit. Walau bagaimanapun, Radiologi
Intervensi (IR) menyediakan rawatan untuk penyakit tertentu tanpa pembedahan.
IR memainkan peranan yang membabitkan semua aspek perubatan moden.
Pengubahsuaian pelbagai teknik yang digunakan dalam IR sekarang digunakan untuk
bidang perubatan yang lain (termasuk pembedahan dan lain bidang/disiplin surgeri)
dan ini dipanggil terapi invasi minimum.
Apakah peranan IR?
IR menawarkan rawatan penyakit yang lebih murah, cepat dan selamat tanpa
memerlukan pembedahan. Ia lebih murah kerana cara ini mengurangkan tempoh
pesakit tinggal di hospital ataupun tidak memerlukan bermalam di hospital pun.
Kos pembedahan juga boleh dielakkan. Cara ini lebih selamat disebabkan risiko
dan kerumitan pembedahan serta ubat bius boleh dielakkan, terutamanya pada
pesakit yang terlalu uzur. Tempoh kesembuhan dipendekkan dan kerumitan semasa
kesembuhan juga dapat dielakkan. Kadang-kala, pembedahan tidak selamat
berbanding dengan terapi invasi minimum atau pesakit mungkin tidak sesuai untuk
menjalani pembedahan dan IR boleh menjadi penyelamat nyawa!
Dalam era ini, bidang IR sudah menjadi lebih penting dengan adanya perkembangan
teknologi alat-alatan dan teknik-teknik baru. Contohnya, stent untuk saluran
darah di otak, aorta di abdomen, stent untuk esofagus ataupun usus lain, alat
untuk membesarkan saluran yang telah menjadi sempit, mematikan tumour
menggunakan mikrowave, ataupun kemoterapi ataupun dengan sekatan pembekalan
darah kepada tumour tersebut (seperti fibroid uterus) dan sebagainya.
Apa itu IR?
Dengan menggunakan pelbagai jenis cara penggambaran (contohnya CT, Fluoroskopi,
MRI, ultrasound) untuk petunjuk dan jarum khusus, wayar, tiub dan kateter yang
pelbagai bentuk dan saiz, Pakar Radiologi sekarang boleh merawat penyakit dalam
badan melalui saluran darah atau saluran yang lain. Prosedur ini dilakukan dalam
Jabatan Radiologi dan selalunya bukan dalam bilik pembedahan. Prosedur ini boleh
dibahagikan kepada yang dilakukan melalui saluran darah atau yang dilakukan
melalui saluran yang lain.
Prosedur am yang dijalankan melalui saluran darah
termasuk:
1.
Angioplasti
|
 |
 |
|
Angioplasti
belon untuk arteri common iliac sebelah kiri |
Arteriogram selepas angioplasti
menunjukkan aliran media kontras yang normal bagi dua belah arteri
common iliac |
Prosedur ini dijalankan untuk
membukakan saluran darah yang tersumbat atau yang sempit untuk meningkatkan
saliran darah. Kateter khusus yang dipanggil belon kateter angioplasti dilalui
merentasi tempat di mana saluran darah tersumbat atau terlalu sempit. Belon
tersebut dikembungkan, mengakibatkan saluran darah yang tersumbat atau sempit
dibukakan. Cara ini sekarang banyak digunakan untuk merawat saluran darah yang
tersumbat atau sempit dalam jantung dan anggota badan. Ia juga memungkinkan tiub
besi yang halus yang dipanggil stent, dimasukkan dalam saluran darah untuk
memastikan ia sentiasa buka.
 |
|
Arteriogram buah pinggang selepas
menyekat saluran darah yang membekal fistula arteri-vena yang tidak
normal |
2.
Embolisme Vaskular
Bekalan darah ke tumor boleh disekat dengan menggunakan bahan yang khusus sama
ada dalam bentuk lingkaran, buih atau gel. Ini digunakan untuk mengawal
pendarahan sebelum pembedahan. Cara ini juga digunakan untuk mengawal pendarahan
yang mengikuti sebarang kemalangan dan untuk oklud/sumbat sebarang pengembangan
saluran darah yang luar biasa. (aneurisme)
3.
Kemoembolisasi & Terapi Kanser
Pemberian ubat barah sedekat dengan barah dengan menggunakan tiub yang halus
yang diletakkan dalam arteri dipanggil kemoembolisasi. Ini membenarkan ubat yang
berdos banyak diberikan kepada barah tanpa kerumitan semasa rawatan kemoterapi
diberi melalui vena tangan. Pada zaman sekarang, teknik ini digunakan untuk
merawat barah dalam hati.
Hari ini, Pakar Radiologi melalui kateter boleh memberikan manik radioaktif (contohnya
yttrium) tepat ke tempat tumor, memastikan bahawa terapi radiasi yang terbanyak
diberikan kepada tumor dan tidak banyak kepada badan pesakit. Kini,
terapi
radiasi bukan sinaran luaran yang menyasar tumor dalam badan melalui
permukaan badan.
4.
Trombolisis
Melarutkan pembekuan darah dengan kimia sedekat dengan pembekuan dengan
menggunakan kateter dipanggil trombolisis. Ini merupakan alternatif kepada
pembedahan seperti untuk rawatan yang diakibatkan sumbatan saluran arteri otak
ataupun arteri jantung.
Prosedur am
tidak dijalankan melalui saluran darah termasuk:
Biopsi jarum -
Dengan menggunakan jarum yang pelbagai saiz, Pakar
Radiologi berupaya mengambil sampel tisu menerusi kulit tanpa membedah pesakit.
Perletakkan jarum dipandukan dengan menggunakan pelbagai teknik penggambaran
dari fluoroskopi, ultrasound, tomografi komputer dan juga pengimejan resonans
magnetik.
Prosedur penyaliran
– Ini dijalankan untuk melegakan
halangan ke buah pinggang dan saluran dalam hati serta membuangkan nanah atau
cecair berlebihan dalam bahagian badan.
|