|
Klik disini Untuk Soalan
Sering Tanya HSG
isterosalpingografi
adalah ujian X-ray untuk melihat uterus dan tiub fallappio. Dalam kebanyakan
kes, ujian ini dijalankan dalam wanita yang tidak dapat menjadi hamil.
Histerosalpingografi dapat mengesan keganjilan tentang uterus dan tiub
fallappio. Ini memberi gambaran tepat tentang tempat sejauh mana tiub tersebut
terhalang dan uterus. Ujian ini dibuat daripada 7 ke 10 hari selepas hari
pertama kitaran haid terakhir pesakit.
Menjauhi diri daripada seks adalah dinasihati sebelum ujian untuk
mengelakkan kemungkinan pemancaran ke atas kehamilan awal. Sekiranya tidak, cara
mengelak kehamilan cara menghalang (“barrier method”) adalah digalakkan. Pesakit
juga dinasihati untuk memberitahu doktor atau Pakar Radiologi atau juru X-ray
tentang apa-apa latar belakang tentang alahan kepada ubat, jangkitan bahagian
kemaluan atau sekiranya mereka terfikir mereka kemungkinan hamil.
Ujian ini adakan dibuat di bawah fluoroskopi. Pesakit perlu
baring di atas meja X-ray dalam kedudukan yang digunakan untuk ujian ginekologi.
Pakar Radiologi akan melakukan satu pemeriksaan faraj di mana suatu tiub
(plastik atau logam) akan dimasukkan ke dalam uterus. Medium kontras akan
diperkenal menerusi tiub kateter di bawah bimbingan X-ray dan gambaran uterus
dan tiub fallappio akan diambil. Pesakit mungkin akan disuruh untuk menahan
nafas dan pusing ke tepi badannya untuk memastikan penggambaran yang baik uterus
dan tiub-tiub. Prosedur ini biasanya mengambil 30 minit dari permulaan ke
penghabisan. Ia adalah dinasihati supaya seseorang menemani pesakit ke jabatan
untuk ujian ini.
Perasaan kurang selesa mungkin akan dialami semasa selitan kanula
dan pada masa pengenalan media kontras. Ia adalah penting bahawa pesakit memberi
kerjasama penuh semasa prosedur. Ubat analgesik akan diberikan sekiranya
perasaan kurang selesa berterusan.
Mungkin sedikit penitisan darah akan berlaku selepas ujian.
Pesakit patut memberitahu doktor, Pakar Radiologi atau juru X-ray sekiranya dia
mengalami banyak pendarahan atau sakit abdomen dalam masa empat puluh lapan jam
selepas pemeriksaan HSG.
|