|
 |
|
X-ray dada (Chest Radiograph) |
ni
adalah sebahagian daripada jabatan di mana “X-ray dada”, satu rangkai kata yang
ramai orang kenali, dijalankan. Radiograf dada merupakan rangkai kata yang lebih
sesuai. Radiologi telah berkembang daripada radiograf dada sehingga ke tahap
sekarang. Radiograf biasa masih merupakan ujian yang paling biasa dijalankan
dalam jabatan radiologi dan biasanya titik permulaan untuk pemeriksaan
selanjutnya dalam proses mengetahui keadaan ataupun tentang penyakit seseorang.
Walaupun radiograf ini dipanggil sebagai suatu kaedah yang ‘lama’, ini merupakan
sesuatu komponen yang penting dalam bidang Radiologi.
Gambar-gambaran
boleh diambil daripada filem X-ray sebagai gambaran statik atau alat pengesan
untuk membuat ‘wayang’. Gambaran diperoleh apabila X-ray yang melaluinya jatuh
atas filem atau pengesan (detektor). Jumlah radiasi yang melalui badan
bergantung kepada jenis dan ketebalan tisu. Tulang, yang lebih padat daripada
udara akan menyerap lebih sinaran X lalu akan kelihatan putih di atas filem
berbanding dengan udara yang akan kelihatan hitam kerana hanya menyerap sedikit
sinaran X. Walau bagaimanapun, bahagian badan yang lain seperti otot, jantung
dan otak akan menyerap sedikit sebanyak jumlah sinaran X yang sama disebabkan
kesemua kepadatannya sama. Oleh itu, mereka akan kelihatan warna kelabu yang
sama dan akan menjadi lebih susah untuk mengenali bahagian berbeza di atas
radiograf. Masalah ini diselesaikan dengan menggunakan medium kontras sama ada
dengan menelan, suntikan atau “melalui” dubur (enema).
Ada beberapa
ujian biasa yang dilakukan dengan menggunakan kontras iaitu:
Kajian Barium
Kajian usus menggunakan kontras (di kenali sebagai barium sulfat) ditelan
melalui mulut atau dimasukki kolon melalui dubur.
Urografi
Intravena
Menyuntik medium kontras untuk menunjuk ginjal, ureter dan pundi kencing.
Myelografi
Menyuntik medium kontras ke dalam ruang di sekeliling saraf tunjang untuk
menunjuk saraf tunjang dan akar saraf.
Histerosalpingografi
Memasukkan medium kontras ke dalam uterus untuk menunjuk uterus dan tiub
Fallappio.
Venografi
Menyuntik medium kontras ke dalam vena (urat darah).
Angiografi
Mendapat imej pembuluh darah dengan menyuntik medium kontras ke dalamnya melalui
kateter yang diletakkan ke dalam arteri.
|