|
embaharuan
dalam diagnosis pengimejan dan terapi bukan sahaja terhad kepada
peningkatan-peningkatan dalam peralatan dan teknik-teknik tetapi juga dari segi
“pencelup” yang digunakan. Satu “pencelup” atau medium kontras adalah satu bahan
cecair yang digunakan semasa satu pemeriksaan radiologi bagi tujuan
menggambarkan struktur-struktur dalaman atau sesuatu organ yang sedang dikaji.
Ini adalah satu-satunya cara untuk berbuat demikian. Medium kontras boleh
dimasukkan ke dalam badan melalui suntikan (melalui vena, arteri ataupun
limfatik), melalui mulut, atau dari bawah, melalui dubur.
Umumnya, terdapat 3 jenis
media kontras:
1. Medium kontras beriodin yang disuntik. Ia mungkin juga diberi melalui mulut.
2. Barium sulfat diberikan melalui mulut atau melalui dubur
3. Gadolinium yang disuntik.
Media kontras berkesan melalui salah satu daripada cara berikut. Apabila satu
medium kontras
disuntik,
medium kontras akan menjadikan saluran-saluran dan organ-organ dengan bekalan
darah yang baik kelihatan legap atau putih apabila diimej.
Oleh itu dalam pemeriksaan angiografi,
pembuluh-pembuluh akan kelihatan tebal atau legap apabila x-ray diambil. Pada
tomografi berkomputer, pembuluh-pembuluh dan organ-organ dengan suatu bekalan
darah yang baik akan kelihatan legap. Medium kontras akan kemudiannya dikumuhkan
oleh buah pinggang dan oleh itu dalam Urografi Intravena, sistem
pengaliran kencing akan kelihatan legap pada filem-filem x-ray. Dengan cara ini,
pelbagai organ atau struktur-struktur boleh dilihat dan dipelajari.
Apabila medium kontras diberikan melalui mulut dalam bentuk
hidangan barium, perut akan kelihatan legap atau putih pada filem x-ray. Begitu
juga, apabila diberikan melalui dubur dalam bentuk enema barium, usus besar akan
kelihatan lebih legap atau putih pada filem x-ray. Dengan cara ini, usus besar
boleh dilihat dan dipelajari.
Gadolinium adalah medium kontras yang diberikan dalam bentuk
suntikan semasa pengimejan resonans magnet. Medium kontras ini berfungsi dengan
membuat pembuluh-pembuluh dan organ-organ dengan bekalan darah baik kelihatan
putih pada imej-imej MRI.
Media kontras intravena yang moden dapat ditahan oleh kebanyakan
pesakit dan cepat disingkirkan oleh badan tanpa kesan sampingan yang buruk.
Medium kontras mengandungi iodin boleh menyebabkan satu perasaan panas apabila
disuntik. Kadangkala, tetapi luar biasa, ia mungkin menyebabkan mual. Oleh itu
dinasihatkan supaya tidak makan sebelum mana-mana pemeriksaan radiologi yang
memerlukan media kontras. Jarang sekali, media kontras berasaskan iodin boleh
menyebabkan satu tindak balas alergi.
Media kontras mengandungi barium sulfat tidak berbahaya. Barium
akan terkumuh keluar dalam masa sehari atau dua. Medium kontras mengandungi
gadolinium jarang-jarang mengakibatkan kesan sampingan.
Dalam semua kes,
penggunaan media kontras bagi wanita yang hamil tidak dinasihati kerana
kekurangan bukti muktamad mengenai betapa selamat media kontras dalam keadaan
hamil. Walaupun begitu, jika pemeriksaan jenis ini dapat menyelamatkan nyawa,
risiko-risiko perlu ditimbang semula mengikut kes ke kes. |