|
Apakah tomografi berkomputer?
Tomografi adalah gambaran anatomi badan manusia mengikut seksyen yang bertujuan
menggambarkan tisu badan dalaman tanpa memerlukan pembedahan. Tomografi
berkomputer atau CT, nama biasanya, adalah satu pemeriksaan radiologi maju, yang
menggunakan sinaran pengionan dan kepintaran komputer-komputer untuk
menghasilkan imej melintang satu segmen tertentu badan.
Apakah persiapan untuk pemeriksaan CT?
CT dijalankan dengan atau tanpa agen kontras. Ejen-ejen kontras diperlukan untuk
menambah gambaran organ tertentu. Mereka boleh dimasukkan ke dalam badan dengan
meminumnya, disuntik melalui vena atau arteri; atau melalui dubur jika perlu.
Pesakit-pesakit yang berpenyakit lelah atau dengan alahan-alahan diperlu
memaklumkannya kepada Pakar Radiologi atau juru x-ray. Di samping itu,
pesakit-pesakit hamil harus mengelak ujian ini melainkan dinasihatkan supaya
berbuat demikian oleh doktor atau Pakar Radiologi.
|
 |
|
Mesin CT |
|
 |
|
Skan CT Kepala |
|
 |
|
Skan CT Perut |
Apakah berlaku sewaktu pemeriksaan CT?
Pemeriksaan ini mengambil antara 5-45 minit bergantung kepada keperluan untuk
medium kontras melalui mulut, yang akan menyebabkan pemeriksaan ini memakan masa
1.5 jam dan juga beberapa bahagian badan yang perlu diskan. Dengan mesin CT
multislice yang terbaru, masa pengimbasan telah dipercepatkan dan untuk CT Skan
dada atau perut penelitian sempurna boleh dibuat dalam masa sedutan nafas.
Pemakanan ubat biasa (seperti untuk darah tinggi dan sebagainya) harus
diteruskan, melainkan dinasihatkan untuk memberhentikannya. Jika medium kontras
adalah diperlukan untuk peperiksaan, sebatang jarum atau tiub halus akan
dimasukkan ke dalam vena tangan. Jika medium kontras melalui mulut adalah
diperlukan, pesakit akan dikehendaki meminum medium kontras dan CT akan hanya
dijalankan 30 hingga 45 minit kemudian.
Pengimbas CT adalah satu struktur/alat berbentuk bulat dengan sebuah pusat
kosong, seperti donat besar. Seorang pesakit akan berbaring atas meja yang akan
dimasukkan ke dalam alat ini. Sinaran x akan melalui pesakit. Maklumat pesakit
mengikut lapisan badan kemudian diproses oleh komputer, dan tertayang di
monitor. Imej-imej boleh dikaji semula, di simpan, difilemkan dan disimpan untuk
penggunaan masa depan. CT telah mencatat kemajuan dari semata-mata pengimejan ke
kegunaan lain seperti menjalankan biopsi dan mengeluarkan kandungan absess
menggunakan CT sebagai panduan.
Adakah pengimbas CT selamat?
Pemeriksaan CT ini selamat dan tidak menyakitkan. Pesakit itu sepatutnya
menenangkan diri dan mengikuti arahan juru X-ray. Medium kontras yang diminum
akan terkeluar dari badan dalam pembuangan air besar/air kencing, manakala
medium kontras yang disuntik ke dalam vena akan dikumuhkan melalui buah pinggang
dan dalam air kencing. Media kontras ini tidak radioaktif dan tidak berbahaya
kepada sesiapa yang berdekat dengan pesakit.
Walaubagaimanapun, pemeriksaan CT menggunakan x-ray dan dos radiasi yang
diterima adalah melebihi x-ray biasa ataupun mamogram. Oleh itu, keperluan
pemeriksaan CT mestilah memberi maklumat yang boleh membawa diagnosis, menukar
rawatan ataupun untuk mengikut respons pesakit kepada rawatan tertentu.
Penggunaan CT untuk skan seluruh badan sebagai saringan untuk penyakit tidak
disyorkan kerana dos radiasi adalah tinggi dibandingkan dengan manfaat yang
mungkin diperolehi dengan skan sewenang-wenangnya.
Untuk artikel mengenai CT seluruh badan,
klik di
sini
Bilakah CT digunakan atau dikehendaki?
CT telah terbukti sebagai satu
alat berguna dan kos efektif untuk diagnosis dan rawatan, yang mengurangkan
keperluan lebih banyak lagi prosedur yang menyakitkan atau prosedur-prosedur
invasif. CT kini corak pemeriksaan pilihan dalam pelbagai situasi, terutamanya
untuk kes-kes trauma umpamanya seperti bagi kepala, dada dan
kecederaan-kecederaan perut, untuk mendiagnosis sinus dan kerumitan-kerumitannya,
menilai tanda abnormal paru-paru yang dilihat di X-ray dada, dan penilaian tumor
di perut atau pelvis. CT didapati secara meluas di Malaysia, membolehkan
diagnosis dan rawatan kesihatan yang berkualiti.
|