|
|
|
 |
 |
|
Imej radiograf
spina (tulang belakang) untuk mengira kepadatan tulang |
Baca mengenai
pereka densitometri tulang – allaryaham Prof John Cameron
Apa itu densitometri tulang?
Densitometri tulang adalah pemeriksaan untuk mengukur jisim tulang. Ia merupakan
satu cara menyaring yang sensitif untuk mengesan kehilangan tulang pada
peringkat awalan. Ini biasanya dilakukan dengan X-ray dos rendah untuk skan
tulang belakang, tulang rusuk dan pergelangan tangan. Semasa sinaran X-ray yang
lemah melalui tempat yang diperiksa, mesin tersebut akan mengira jumlah tulang
yang ada. Kaedah yang paling banyak diguna dipanggil DEXA (X-ray absorptiometri
berkuasa dua). Dos radiasi yang digunakan dalam satu pemeriksaan adalah 1/10
daripada radiasi yang digunakan semasa seseorang pesakit menjalani X-ray untuk
dadanya. Oleh itu, pemeriksaan ini amat selamat. Kaedah lain yang menggunakan
X-ray adalah absorptiometri foton tunggal dan CT Kuantitatif. Terdapat juga
kaedah yang menggunakan radioisotop dan ultrasound.
Apakah kegunaan densitometri
tulang?
Densitometri tulang boleh mengesan pengurangan
jumlah tulang sebelum tulang meretak, menganggar risiko retak, dan mengesan
osteoporosis (pengurangan jumlah tulang) yang mengikuti retakkan. Ia juga
berguna untuk mengkaji kesan-kesan rawatan.
Siapa yang sepatutnya
melakukan densitometri tulang?
Densitometri tulang digalakkan untuk sesiapa yang
ingin menjalani estrogen terapi. Ia juga digalakkan untuk wanita yang menopaus
dan pra-menopaus kerana mereka cenderung akan mengalami osteoporosis, yang
mungkin memerlukan rawatan. Pesakit yang menjalani rawatan steroid yang
berpanjangan (contohnya penyakit sendi dan penyakit lelah) dan pesakit yang
mengalami penyakit tulang metabolik akan mendapat manfaat daripada pemeriksaan
ini, kerana osteoporosis berlaku dalam keadaan sebegini.
Apakah persiapan yang perlu
diambil untuk skan tulang densitometri?
Tiada persiapan khusus yang perlu diambil.
Pesakit tidak perlu berpuasa. Kemungkinan pesakit mengandung haruslah dilaporkan
kepada juru X-ray. Terdapat beberapa kajian yang dilakukan yang telah mengganggu
keputusan pemeriksaan dan ini termasuk sebarang rawatan/kajian perubatan
nuklear/radioisotop atau kajian barium. Pesakit haruslah membawa sebarang X-ray
tulang belakang atau tulang rusuk yang diambil dahulu kepada doktor. Ini
memudahkan doktor merancang pemeriksaan nanti.
Apakah yang akan berlaku
semasa skan densitometri tulang?
Pesakit terpaksa menukar baju kepada baju
hospital supaya sebarang objek besi atas baju pesakit tidak akan mengganggu
pemeriksaan. Pesakit hanya akan baring atas meja pemeriksaan sekurang-kurangnya
5 minit sahaja. Pesakit tidak akan diberi sebarang suntikan.
Pemeriksaan ini boleh dijalankan:
(a) tulang belakang lumbar
(b) kawasan tulang rusuk
(c) pergelangan tangan
(d) skan seluruh badan
Skan yang paling lama diambil adalah skan seluruh badan dan skan
ini memerlukan masa sebanyak 4 minit. Masa skan untuk kawasan badan yang lain
mengambil masa lebih kurang 1 minit sahaja. Skan (a), (b) dan (c) adalah paling
berguna dan paling banyak dilakukan. Jumlah masa pemeriksaan, termasuk
menyesuaikan kedudukan badan dan skan adalah sebanyak 15-20 minit. Selepas skan
dibuat, komputer akan memproses gambaran sebelum keputusan dicetakkan. Ini
biasanya akan mengambil masa sebanyak 15 minit untuk kajian 3 bahagian.
Apakah akan berlaku selepas
keputusan tulang densitometri dikeluarkan?
Keputusan tersebut akan dibandingkan dengan piawai yang sudah ada. Ini membantu
menentukan pesakit dalam julat yang biasa dan risiko retakan tulang. Jika nilai
julat tersebut rendah, ini menunjukkan kehilangan tulang tetapi ujian darah
diperlukan untuk memastikan proses kehilangan tulang sama ada proses itu masih
sedang berlaku atau tidak. Sekarang,
terdapat rawatan yang berkesan
untuk mengurangkan kehilangan tulang (contohnya ubat biphosphonates).
|