|
|
 |
 |
|
Barium Swallow |

erdapat beberapa ujian yang berbeza malah dianggap sama kerana
mereka menggunakan “pewarna” atau medium kontras yang sama. Medium kontras yang
biasanya digunakan adalah barium sulfat, walaupun sesetengah situasi mungkin
memerlukan medium kontras berasaskan iodin. Ujian barium ini melihat bahagian
usus yang berlainan dari mulut ke dubur. Kehadiran alahan dan asma tidak
menjejaskan ujian ini bukan seperti lain jenis kontras yang digunakan. Pesakit
perlu berpuasa semalam supaya perut adalah bebas daripada sisa makanan, yang
mungkin akan menyebabkan keputusan yang salah. Mereka yang tidak mampu berpuasa
disebabkan masalah gastrik yang teruk atau mempunyai kencing manis dan menyuntik
insulin dikehendaki memberitahu staf kaunter pada masa membuat temu janji supaya
tindakan alternatif dapat diambil oleh Pakar Radiologi. Pesakit juga kurang
digalakkan daripada mengunyah gam atau merokok sebaik sahaja sebelum prosedur.
Selepas prosedur tamat, pesakit tersebut dinasihati agar minum banyak cecair.
Ujian yang berbeza dibincangkan secara berasingan.
|
 |
 |
|
Barium Meal |
Barium
Swallow
Biasanya pesakit tidak perlu
berpuasa sebelum ujian ini. Ujian ini menilai keadaan esofagus. Ini dilakukan
menggunakan X-ray (fluoroskopi), yang membolehkan gerakan esofagus dan mekanisma
menelan diperhatikan. Pesakit perlu menyimpan semulut penuh dengan medium
kontras, biasanya barium yang berperisa, dan menelan hanya apabila diarah oleh
Pakar Radiologi di situ. Pakar Radiologi akan membimbing pesakit melalui seluruh
posisi pengimejan. Secara umum, ujian ini dilakukan dalam keadaan berdiri.
Barium yang ditelan tidak membahayakan dan akan keluar melalui proses
pengeluaran tahi biasa. Tanda-tanda putih atau merah jambu dalam tahi adalah di
dalam jangkaan dan tidak patut menjadi punca kerisauan. Pesakit dinasihati agar
meminum banyak cecair.
Barium
Meal
Ujian ini memerlukan pesakit
untuk berpuasa semalam. Ujian ini menilai perut dan duodenum. Tempoh ujian ini
adalah selama 20 ke 30 minit. Pesakit diperlukan menelan beberapa pil ataupun
cecair khas sebelum atau sesudah meminum sedikit cecair barium. Pil atau cecair
khas ini membebaskan gas yang akan mengembang perutnya. Pesakit ini diperlukan
menyimpan gas ini di dalam perut dan tidak membebaskannya (jangan sedawa). Ini
adalah untuk memudahkan penggambaran perut. Pakar Radiologi di situ akan
membimbing pesakit ke seluruh gambaran kedudukan yang berlainan.
Suntikan ke dalam urat darah dalam tangan mungkin akan diberi oleh Pakar
Radiologi. Ini untuk mengendurkan otot dan mengurangkan pengecutan perut
(peristalsis). Walau bagaimanapun, pesakit dengan degupan jantung yang luar
biasa, masalah pengencingan akibat prostat atau glaukoma patut memberitahu Pakar
Radiologi kerana suntikan kemungkinan akan memberi tindak balas di bawah keadaan
tersebut. Pesakit mungkin akan mengalami pandangan yang kabur dan sekiranya ini
masih berpanjangan sehingga ujian ini tamat, pesakit dinasihati agar tidak
memandu balik atau menggunakan apa-apa mesin sehingga pandangan jelas. Sekali
lagi, tidak perlu resah sekiranya terdapat tanda-tanda merah jambu atau putih
pada tahi.
Barium Follow Through (untuk usus kecil)
Ini memerlukan pesakit
untuk berpuasa semalam. Ujian ini menilai keadaan usus sehingga simpang usus
besar yang dipanggil pertemuan ileosekal. Ujian ini mungkin dijalankan selama 4
jam. Pesakit perlu meminum sejumlah yang tetap barium berperisa dan filem-filem
abdomen akan diambil pada selangan waktu yang akan ditentukan oleh Pakar
Radiologi di situ. Ujian ini mungkin mengambil masa yang lebih singkat atau
panjang bergantung kepada masa transit barium semasa melalui usus kecil. Ini
berbeza daripada seseorang kepada seseorang yang lain.
Di antara setiap filem, pesakit akan diberi tempat untuk berbaring. Biasanya
suntikan tidak diperlukan untuk ujian ini.
Enteroklisis (Enema usus kecil)
Ujian ini juga adalah
untuk menilai keadaan usus kecil. Pesakit perlu berpuasa semalam sebelum ujian
ini. Prosedur ini memberi gambaran usus kecil yang lebih jelas berbanding dengan
pemeriksaan barium followthrough. Walau bagaimanapun, ini memerlukan tiub yang
khas yang boleh diselitkan dalam lubang hidung atau tekak dan ke dalam perut.
Selepas itu, tiub ini diletakkan secara lebih mendalam melepasi perut ke
duodenum oleh Pakar Radiologi.
Sebaik
tiub adalah dalam kedudukan yang dikehendaki, barium akan dimasukkan daripada
beg yang disangkut daripada sebuah tiang drip. Pesakit mungkin akan terasa
pergerakan barium yang banyak dalam badan dan selepas itu, pengaliran yang
tetap. Pesakit akan terasa untuk ke tandas apabila barium sampai di kolon. Ujian
akan hampir habis seketika itu. Barium ini akan keluar dalam tahi seperti untuk
pemeriksaan yang lain.
Barium Enema
Ujian ini menilai kolon atau usus besar. Selain daripada berpuasa semalam,
pesakit juga dikehendaki penyediaan usus. Penyediaan usus biasanya dijalankan
dengan menggunakan julap, yang mungkin ada dalam bentuk pil, serbuk atau
larutan. Ujian ini juga tidak mengambil lebih daripada 1 jam. Satu tiub akan
dimasukkan melalui dubur dan barium kemudian dimasukkan. Pakar Radiologi mungkin
akan memberi suntikan di dalam urat darah untuk mengendurkan usus. Pesakit
dengan degupan jantung yang luar biasa, masalah pengencingan akibat prostat yang
tidak sihat atau glaukoma dikehendaki memberitahu Pakar Radiologi supaya ubat
alternatif dapat digunakan. Pakar Radiologi akan membimbing pesakit melalui
beberapa gambaran kedudukan yang berlainan. |