|
Tanggungjawab utama amalan klinikal seorang Ahli Fizik
Perubatan adalah memastikan penggunaan radiasi yang optimum
bagi memberikan hasil diagnostik atau terapeutik yang
diperlukan.
 |
|
Ahli Fizik
Perubatan menjalankan tugas di jabatan rawatan
radiasi (radioterapi) |
Tanggungjawab ini termasuk:
1.
Perlindungan pesakit dan orang lain daripada radiasi
terlampau atau berkemungkinan merbahaya (serta juga
menentukan peraturan keselamatan mengendalikan bahan
radioaktif)
2. Menyediakan
protokol yang mencukupi bagi memastikan dosimetri pesakit
yang tepat (untuk rawatan radioterapi)
3.
Pengukuran dan pencirian radiasi
4.
Spesifikasi pemberian dos
5.
Kemajuan dan hala tuju program jaminan mutu
6.
Bantuan kepada doktor perubatan dalam mengoptimumkan
imbangan antara kesan baik dan buruk radiasi
Ahli
Fizik Perubatan juga membantu dalam pemilihan peralatan
pengimejan dan terapi dari segi kos dan spesifikasi
teknikal. Mereka juga terlibat dalam latihan penuntut
perubatan, juru x-ray serta pelatih pakar radiologi dalam
isu berkaitan fizik dan keselamatan.
Di Malaysia, Ahli Fizik Perubatan mempunyai kelayakan ijazah
sarjana ataupun kedoktoran (Ph.D) dalam Fizik Perubatan.
Kursus sarjana Fizik Perubatan ditawarkan di beberapa
Universiti tempatan. Kandungan kursus mendedahkan para
penuntut kepada bidang yang luas termasuk diagnosis dan
rawatan di hospital.
|