|
engimejan diagnostik adalah suatu kepakaran
perubatan yang merangkumi sejumlah luas prosedur pengimejan.
Sampai beberapa tahun dahulu, kepakaran ini dikenali sebagai
Radiologi Diagnostik , atau “X-ray” secara ringkas.
Pengimejan diagnostik berpunca dengan perjumpaan X-ray pada
tahun 1895 oleh W.C. Roentgen, dan sejak itu telah
berkembang sehingga melebihi harapan Profesor Roentgen pun.
Dengan peredaran masa, kaedah pengimejan yang baru iaitu
Skan Ultrasound , Pengimejan Resonans Magnetik MRI telah
menggalak penukaran nama kepada Pengimejan Diagnostik.
Radioterapi adalah suatu lagi kepakaran dalam perubatan yang
menggunakan radiasi untuk merawat pesakit. Radiasi ini boleh
digunakan secara tunggal atau berpasangan dengan lain jenis
rawatan.
|
 |
 |
 |
 |
|
Modaliti pengimejan yang berlainan
– X-ray, Skan Ultrasound, Computed Tomography
dan Pengimejan Resonans Magnetik
|
Kini, Radiologi semakin berubah dengan kemunculan
Pengimejan Biomedikal iaitu penemuan dan aplikasi cara
pengimejan sifat tisu dan fungsinya. Penyelidik di serata
dunia sedang menjalankan kajian dalam pelbagai bidang
pengimejan biomedikal. Ini termasuk memajukan kaedah
menghasilkan imej serta proses selepas imej diambil untuk
mengesan, diagnosa serta memerhati corak penyakit merebak
serta mencadang pelbagai kaedah yang sesuai untuk merawat
penyakit tersebut. Ini termasuk mengenal pasti sifat tisu
menggunakan ultrasound intravaskular berfrekuensi tinggi,
Ultrasound 3 dimensi semasa, dan pengimejan multimodaliti,
analisa kuantitatif ke atas kerosakan tisu akibat “multiple
sclerosis” berganda dalam pengimejan MR otak dan lain.
Topik-topik pengimejan yang penting dalam kajian biomedikal
sekarang merangkumi seni optik termasuk bioluminescence (cahaya
yang dihasilkan oleh benda hidup), tomografi optik ,
mikroskopi confokal pendarfluor mikroskopi 2 photon.
|