GENERAL INFORMATION
Ø News
Ø
General Health Info
Ø Radiology & Oncology
Ø
Breast Health Info Centre
Ø Palliative Care & Cancer Support
Ø The College Of Radiology
Ø
Directories

Our patient briefings explain a variety of diagnostic procedures and treatments, how patients should prepare for them, and what patients can expect to experience during and after the procedure. These briefings are provided as a service to help patients address their medical care with less anxiety and greater comfort.

PILIHAN BAHASA MALAYSIA
Ø Ke Seksyen BM
Ø
Pusat Sumber Kanser Payudara


Interested in sponsorship of the Radiology Malaysia web site? Please click here for more information.
 

MEDICAL & RADIOLOGY PROFESSIONALS
Ø Click here, if you are a medical or radiology professional

TALKBACK (Q&A)
Ø Radiology Malaysia Forum
Ø
Having Problems using this website?
Ø Q & A Archive
Ø Send Your Feedback

MEMBERS' CORNER

Restricted Zone
Ø Register for Access
Ø Members' Homepage
Ø JobSearch
Ø Suara Radiologi/College Newsletter

 


Interested in sponsorship of the Radiology Malaysia web site? Please click here for more information.

You may also place advertisements throughout the Radiology Malaysia web site. For more information on how you may do this, please click here!
 

 

Media Centre

Information about the College of Radiology and its activities for the Media and Press.
Please Click Here!
 

This web site is best viewed at 1024 x 768 resolution using:

Windows Internet Explorer 7

OR



You should also set your display to show 16M colours for better colour reproduction.




For a complete Web Experience!


Whilst every effort is taken to ensure that information and other content on this site is as true and accurate as possible, there may be instances where errors may occur. In such an event, we should be grateful if you could notify us so that we can set the situation right.

We also take similar efforts to ensure that we do not infringe the rights of Copyright owners. Should you feel that we have committed a breach of copyright, please notify us so that we may arrange for the immediate removal of the material from this site.
 

 

Anti-Virus Info

 

Locations of visitors to this page

 

Sejarah Radiologi & Onkologi Klinikal/Radioterapi termasuk masa awalnya di Malaya (Malaysia)

Sejarah Ringkas
Radiologi moden telah berubah begitu banyak berbanding sejak bermulanya bidang ini dengan penemuan X-ray lebih 100 tahun dahulu. Hari ini, X-ray adalah sebahagian asas perubatan dalam diagnosis dan rawatan. Dari permulaan yang ringkas X-ray, kita kini mempunyai pilihan pengimejan yang luas menggunakan X-ray serta beberapa pilihan yang tidak menggunakan X-ray. Ini termasuk ultrasound, Pengimejan Magnetik Resonans (MRI) dan perubatan nuklear. Perjumpaan X-ray bertanggung jawab bagi bidang radioterapi. Marilah kita melihat perubahan bidang ini dengan peredaran masa.    

Penemuan X-ray
X-ray telah di jumpa secara tidak sengaja oleh Profesor Fizik Wilhelm Conrad Roentgen pada 8 November 1895 semasa bekerja dengan tiub pancaran katod dalam makmalnya yang gelap. Dia memerhatikan bahawa sehelai kertas yang disaluti bahan pendarfluor mula memancar apabila tiub pemancar katod dipasang dan ini hanya dapat berlaku jika tiub tersebut mengeluarkan pancaran. Kerana tidak mengetahui sifat pancaran tersebut, beliau menamakan pancaran tersebut X-ray. Dengan kajian seterusnya, beliau mempelajari bahawa pancaran ini boleh menembusi kebanyakan objek termasuk tangannya sendiri. Dia kemudian membuat keputusan untuk menggunakan plat fotografi untuk merekodkan imej tersebut. Dunia umum mendengar penemuannya pada Januari 1896. Roentgen telah dianugerahkan Hadiah Nobel yang pertama dalam bidang fizik pada 1901.
 

Radioaktiviti
Radioaktiviti adalah hasil daripada keadaan tidak stabil semula jadi beberapa bahan yang hancur dan dalam proses tersebut mengeluarkan pancaran. Radioaktiviti dijumpai tidak lama selepas penemuan X-ray. Penemuan pertama telah dilakukan oleh Henry Becquerel ( Seorang Profesor Fizik di  Ecole Polytechnique termasuk pengerusi fizik muzium di Paris) dan ini juga secara tidak sengaja. Penemuan ini diketahui oleh orang umum pada Februari 1896. Penemuan besar seterusnya telah dilakukan oleh Marie and Pierre Curie yang bertanggung jawab mengekstrakkan radium daripada bijihnya. Bagi segala sumbangan mereka, Henri Becquerel dan pasangan Curie dianugerahi Hadiah Nobel Fizik bagi tahun 1903.

Langkah seterusnya adalah sintesis bahan radioaktif buatan. Pada 1920, E. Rutherford dan J. Chadwick menunjuk bahawa nukleus elemen cahaya boleh diganggu oleh partikel alpha. Dari 1933 ke 1934, Irene Joliot-Curie (anak kepada Marie Curie) bersama suaminya, Frederic mendapat tahu bahawa sesetengah logam biasa boleh dijadikan radioaktif apabila dihentam dengan partikel alpha. Bagi penyelidikan perintis ini, mereka telah di anugerahi Hadiah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1935. 

Mesin pemecut linear (Linacs) untuk
rawatan radioterapi di Hospital Mt Miriam,
Pulau Pinang (Foto tahun 2004)

Penggunaan pancaran X-ray dalam rawatan kanser – “radioterapi”
Tidak lama selepas penemuan X-ray, x-ray mula digunakan untuk merawat kanser. Bidang ini dikenali sebagai radioterapi walaupun sekarang, bidang ini sering dikenali sebagai radiasi onkologi (yang bermaksud sains kanser). Pelbagai jenis radiasi selain X-ray digunakan untuk merawat kanser. Kuantiti tenaga yang tertinggal dalam tisu adalah beribu-ribu kali lebih banyak daripada yang digunakan untuk mengambil gambar X-ray biasa. Radiasi kuat ini dapat membunuh sel yang berkanser. Radioterapi juga digunakan untuk merawat pelbagai penyakit selain kanser.   

Pada permulaannya, X-ray tidak begitu kuat dan tidak dapat digunakan untuk merawat kanser yang jauh ke dalam badan tanpa menghancurkan tisu biasa yang berhampiran. Keadaan ini berubah apabila sumber radiasi yang lebih kuat seperti betatron dan cobalt-60 unit, telah dimajukan selepas Perang Dunia Kedua. Pada masa sekarang rawatan radiasi dibekalkan oleh pemecut linear atau “linacs”. (“linacs” adalah “linear accelerators”)

Bahan radioaktif buatan juga digunakan dalam rawatan kanser. Ini dilakukan dengan meletakkan sumber radiasi itu terus pada kanser tersebut. Rawatan jenis ini dikenali sebagai brakiterapi.
 

Sejarah Ringkas Radiologi Di Malaysia
Radiologi diperkenalkan di Semenanjung Melayu tidak lama selepas penemuan X-ray iaitu Februari 1897, dengan pemasangan mesin x-ray yang pertama di Asia Tenggara. Ini berlangsung di Taiping, Perak. Malangnya subjek pertama yang di X-ray tidak banyak mendapat manfaat memandangkan subjek tersebut seekor ikan bawal. Demonstrasi ini dijalankan oleh seorang bernama Encik Wray. Peristiwa bersejarah ini berlangsung sebelum wujudnya lampu elektrik atau kewujudan kuasa elektrik dari sumber hidro.  

Satu mesin X-ray yang lengkap telah didermakan kepada hospital kerajaan di Ipoh pada Oktober 1987 demi menghargai hari jadi Ratu Victoria yang ke 75. Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa X-ray telah dibincang pada mesyuarat cawangan Malaysia, Persatuan Doktor Britain pada 1905. Hospital besar di Kuala Lumpur menerima Mesin X-ray pada 15 Februari 1910 diikuti Hospital Besar Pulau Pinang pada tahun yang sama.

Pada 1920, Dr Harold Mowat telah dipilih sebagai pakar radiologi kepada Negeri-Negeri Bersekutu Melayu tetapi dia juga bertanggung jawab bagi electroterapi dan radioterapi. Malangnya, dia meninggal dunia 3 tahun kemudian dan diganti oleh Dr CF Constant. Pada 1924, bilik gelap yang pertama untuk memproses filem X-ray telah dibina di Hospital Besar Kuala Lumpur. Sebelum ini, plat X-ray telah diproses oleh juru gambar tempatan. Menjelang 1927, Hospital Besar, Hospital Eropah dan Hospital Baru di Jalan Circular, Hospital daerah Ipoh dan Seremban semuanya mempunyai alat X-ray yang baru.

Hospital baru di Jalan Circular mula-mula dipanggil Hospital Papa. Sekarang, tempat tersebut Hospital Kuala Lumpur. Kemudian Hospital Besar terletak di lokasi Hospital Tanglin. Mesin fluoroskopi yang pertama dipasang pada 1927. Dr PTK Nayar adalah rakyat tempatan pertama yang layak dengan diploma dalam radioterapi/radiologi perubatan serta elektroterapi(D.M.R.E.). Pada 1956, Dr YC Lian menjadi pakar radiologi swasta pertama. Dr Omar bin Din telah menjadi rakyat pertama dilantik sebagai Konsultan Radiologi  bagi negeri-negeri bersekutu pada 1957.

Kenderaan mobil dengan mesin X-ray telah digunakan untuk mengambil gambar X-ray orang di kawasan desa setelah Pusat TB Kebangsaan didirikan pada 1960. Sekolah Radiologi pertama didirikan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 1963 dengan 14 penuntut bagi sesi pertama. Angiografi Serebral (urat darah otak) pertama telah dilaksanakan pada tahun yang sama di Hospital Besar KL manakala angiografi periferal pertama telah dilaksanakan di Hospital Besar Pulau Pinang pada 1966. Angiografi jantung telah dilaksanakan di Hospital Universiti pada tahun 1967. Sekolah Radioterapi bermula pada tahun 1969.

Mesin moden mamografi sekarang adalah lebih canggih dari semua segi – ergonomik untuk pengguna, menggunakan radiasi yang minima dan membolehi pemampatan payudara yang lebih selesa

Perkhidmatan Mammografi dimulakan di Hospital besar KL pada tahun 1972 dengan menggunakan mesin khas mammografi. Ultrasound mula dikenali pada tahun 1974 apabila Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia membeli mesin pertama. 1977, Tomografi komputer dimulakan apabila satu skaner telah dipasangkan di Institut  Radioterapi dan Onkologi, KLGH. Universiti Kebangsaan Malaysia memulakan satu latihan bagi pakar radiologi pada tahun 1983 dengan menawarkan Sarjana Radiologi. MRI dipasang di Hospital Besar pada 1992.   

Sejarah Radioterapi, Onkologi dan Perubatan Nuklear di Malaysia
Penggunaan pertama mesin X-ray bagi tujuan rawatan adalah pada tahun 1914 apabila mesin itu digunakan untuk merawat kanser kulit dan lain jenis calaran kulit. Penggunaan bahan radioaktif iaitu radium bagi radioterapi berlangsung di Singapura pada 1926. Perkhidmatan Radioterapi mungkin bermula pada 1949 di Malaysia dengan Dr Lynch sebagai Pakar Radioterapi di Hospital Besar. Dari 1959 ke 1960, perkhidmatan ini dibekalkan oleh Dr Lai dari Singapura. Dr SK Dharmalingam pula dipilih sebagai Pakar Radioterapi di Hospital Besar pada 1960 manakala Ahli Fizik pertama dipilih adalah Encik George Phang. Pada 1968, Jabatan Radioterapi baru di bina di Hospital Besar Kuala Lumpur( HBKL). Harapan untuk satu sekolah tempatan radioterapi bagi juru X-ray terapi radiasi dicadangkan pada 1968 dengan sekolah tersebut hanya bermula pada tahun kemudian.  

Perkhidmatan perubatan nuklear bermula agak lambat dengan Jabatan Perubatan Nuklear ditubuhkan sebagai sebahagian Jabatan Radioterapi pada tahun. Ahli teknologi Perubatan Nuklear adalah Encik Anthony Ng. Ini diikuti oleh Unit Perubatan Nuklear di Hospital Universiti. Sekarang terdapat 6 institusi yang membekalkan Perkhidmatan Perubatan Nuklear  termasuk Hospital di Universiti Kebangsaan Malaysia and the Universiti Sains Malaysia.

 


Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved

Terms of Use

Last Updated:
Tuesday, 04 January 2005