|

|
|
Mengapakah anda atau
kanak-kanak anda memerlukan Sistogram Pengencingan (MCU)?
|
|
Ini adalah untuk mengawasi pundi kencing dan trek atas (ginjal
dan ureter). Ini satu penyiasatan biasa bagi kanak-kanak yang sering
mendapat infeksi sistem pekencingan. Ini juga dijalankan bagi bayi yang
mempunyai kemaluan yang kurang jelas jantinanya (satu keadaan yang
jarang berlaku).
|
|
Apakah persediaan khas
serta langkah berjaga?
|
|
Tidak terdapat persediaan khas kecuali jika pesakit seorang kanak-kanak
dan terlalu muda untuk bekerjasama atau si pesakit memerlukan antibiotik
untuk pemeriksaan tersebut. Ubat “bius” tidur yang diperlu serta
antibiotik akan disediakan oleh doktor anda atau pakar kanak-kanak bagi
kanak-kanak yang terlalu muda untuk bekerjasama.
|
|
Apakah yang dilakukan?
|
|
Jika ini dilakukan selepas sesuatu
pembedahan, biasanya satu keteter kencing (satu tiub halus yang di tolak
sepanjang uretra untuk memudahkan pekencingan) akan dipasangkan.
Kalau tidak, doktor/pakar perubatan kanak-kanak akan memasukkan satu ke
dalam pundi kencing melalui uretra. Pakar Radiologi juga mungkin
memasukkan keteter ini bagi kanak-kanak/pesakit.
Selepas itu, satu kontras iodin akan diisi ke dalam pundi kencing
sehingga sarat. Pakar Radiologi akan dapat mengesan ini kerana x-ray
akan digunakan untuk melihat proses mengisi kontras ini. Kanak-kanak/pesakit
akan digalakkan untuk berkencing dan x-ray proses ini akan diambil.
Kadang kala , kontras perlu dilihat dalam ginjal jika refluks berlaku (apabila
kontras bercampur kencing itu menaiki tiub ureter ke ginjal). Dalam
keadaan normal, kontras akan dikencing keluar melalui uretra dan tidak
akan menaiki tiub ureter ke ginjal.
Keteter itu akan dikeluarkan semasa proses berkencing supaya uretra akan
jelas dilihat.
|
|
Adakah terdapat kesan
sampingan atau masalah lain yang timbul?
|
|
Berikut adalah antara perkara yang boleh berlaku tetapi adalah
sementara waktu dan akan selesai secara sendiri. Tolong teruskan
sebarang antibiotik yang diberi oleh doktor/pakar perubatan kanak-
kanak anda kerana ini akan membantu mengelak sebarang infeksi.
-
Gangguan pada pundi kencing
akibat media kontras. (biasanya sementara)
-
Infeksi dan inflamasi (boleh
dirawat atau dielakkan dengan penggunaan antibiotik yang rapi)
-
Reaksi lain kepada media
kontras. (tolong baca media kontras FAQ)
-
Trauma setempat di uretra dan
masalah berkencing.
-
Pendarahan akibat trauma.
|
|
Apakah yang perlu
dilakukan selepas MCU?
|
-
Galakkan kanak-kanak
minum banyak.
-
Jika kanak-kanak
takut berkencing akibat sedikit kesakitan di uretra, biarkan kanak-kanak
duduk dalam air suam dan berkencing semasa dalam air.
-
Mungkin terdapat
darah dalam kencing tetapi ini akan jernih dalam sehari biasanya. Jika
kanak-kanak/pesakit tersebut gagal berkencing atau mengalami kesakitan
yang teruk, cepat berhubung dengan doktor.
-
Doktor anda mungkin
ada peraturan tambahan bergantung pada keadaan anda. Ini mungkin
termasuk mengambil antibiotik bagi beberapa hari lagi.
|
|
|
|
Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved
Terms
of Use Last
Updated:
Tuesday, 01 January 2008 |