GENERAL INFORMATION
Ø News
Ø
General Health Info
Ø Radiology & Oncology
Ø
Breast Health Info Centre
Ø Palliative Care & Cancer Support
Ø The College Of Radiology
Ø
Directories

Our patient briefings explain a variety of diagnostic procedures and treatments, how patients should prepare for them, and what patients can expect to experience during and after the procedure. These briefings are provided as a service to help patients address their medical care with less anxiety and greater comfort.

PILIHAN BAHASA MALAYSIA
Ø Ke Seksyen BM
Ø
Pusat Sumber Kanser Payudara


Interested in sponsorship of the Radiology Malaysia web site? Please click here for more information.
 

MEDICAL & RADIOLOGY PROFESSIONALS
Ø Click here, if you are a medical or radiology professional

TALKBACK (Q&A)
Ø Radiology Malaysia Forum
Ø
Having Problems using this website?
Ø Q & A Archive
Ø Send Your Feedback

MEMBERS' CORNER

Restricted Zone
Ø Register for Access
Ø Members' Homepage
Ø JobSearch
Ø Suara Radiologi/College Newsletter

 


Interested in sponsorship of the Radiology Malaysia web site? Please click here for more information.

You may also place advertisements throughout the Radiology Malaysia web site. For more information on how you may do this, please click here!
 

 

Media Centre

Information about the College of Radiology and its activities for the Media and Press.
Please Click Here!
 

This web site is best viewed at 1024 x 768 resolution using:

Windows Internet Explorer 7

OR



You should also set your display to show 16M colours for better colour reproduction.




For a complete Web Experience!


Whilst every effort is taken to ensure that information and other content on this site is as true and accurate as possible, there may be instances where errors may occur. In such an event, we should be grateful if you could notify us so that we can set the situation right.

We also take similar efforts to ensure that we do not infringe the rights of Copyright owners. Should you feel that we have committed a breach of copyright, please notify us so that we may arrange for the immediate removal of the material from this site.
 

 

Anti-Virus Info

 

Locations of visitors to this page

 

Apakah Mamografi?

Mamogram merupakan imej payudara melalui sinar-X yang istimewa. Mamogram ini kerap kali dilakukan oleh seorang juru x-ray wanita yang terlatih. Filem mamogram ini kemudiannya dilaporkan oleh seorang Pakar Radiologi.

Klik di sini untuk maklumat lanjutan mengenai Mamografi dan pengimejan payudara.
 

Adakah Mamografi Selamat Bagi Saya?

Mamogram normal

Pembaharuan baru dalam peralatan mamografi mengakibatkan wanita hari ini hanya menerima dos radiasi yang sedikit sahaja. Kebaikan penyaringan untuk penyakit kanser payudara melebihi potensi risiko radiasi daripada ujian mamogram. Risiko daripada mengambil ujian tersebut setanding dengan risiko menghisap 1/8 daripada sepuntung rokok.
 

Setakat Manakah Keberkesanan Mamografi?

Mamografi adalah cara paling efektif, tidak melibatkan pembedahan dan merupakan langkah terbaik untuk mengesan kanser payudara dalam peringkat awal apabila kanser ini terlalu kecil untuk dikesan oleh anda ataupun doktor anda. Disebabkan ini, proses penyaringan payudara sekarang boleh diperoleh oleh semua wanita berumur 40 tahun ke atas. Mamografi membantu tetapi tidak boleh mengambil alih ujian bulanan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) dan ujian fizikal oleh doktor anda sedangkan anda sudah mencapai umur 40 tahun dan ke atas.
 

Adakah Mamografi Sakit?

Mamografi sering kali dijelaskan sebagai sesuatu yang sakit oleh banyak wanita tetapi jika anda menanya mereka selanjutnya, anda akan mendapati bahawa kesakitan ini hanya sementara. Kebanyakan wanita tentu menyatakan bahawa kesakitan ini boleh di tahan.

Setiap payudara dimampat dan diratakan oleh alatan tertentu apabila imej sinar-X diambil. Ini hanya berlanjutan untuk beberapa saat dan tidak akan memusnahkan atau mencederakan payudara. Keseluruhan ujian ini akan mengambil lebih kurang setengah jam termasuk menyediakan diri untuk ujian, mengambil mamogram serta menukar pakaian.
 

Bilakah Saya Patut Pergi Untuk Mammogram?

Garis panduan terbaru untuk proses menyaring wanita yang tidak mempunyai simptom berkaitan dengan payudara ialah:

  • Pada umur 35-40 tahun: mamogram asas sebagai bandingan

  • Pada umur 40- 49 tahun: mamogram sekali setahun.

  • Pada umur 50 ke atas: mamogram sekali atau dua kali setahun memandang faktor berlainan seperti terapi mengganti hormon serta profil risiko.

Bolehkah saya mengambil mamogram jika saya di bawah umur 35 tahun?

Wanita yang bersimptom, iaitu wanita yang mempunyai tanda-tanda berkaitan dengan masalah payudara seperti benjol, lelehan puting, mastalgia (sakit pada payudara), perubahan saiz atau rupa payu dara tanpa sebab mungkin memerlukan mamogram. Tiada had umur untuk mengambil mamogram sekiranya doktor anda mendapati anda mempunyai suatu kelainan (terutamanya kalau kanser disyaki) yang disyaki pada payudara anda.
 

Berapa bilangan mamogram payudara akan diambil?

Kebiasaannya 2 imej setiap payudara diambil. Jika wujudnya kelainan dalam mamogram anda yang memerlukan penelitian yang selanjutnya, mungkin lebih banyak imej perlu diambil di kawasan kelainan itu. Tempat payudara tersebut akan dimampatkan lagi untuk memberi gambaran yang lebih jelas atau imej tambahan dalam posisi yang berlainan sedikit.
 

Jika saya mempunyai implan payu dara, bolehkah saya mendapati mamogram?

Mamogram seseorang dengan implan payudara

Anda mesti memberitahu juru x-ray jika anda mempunyai implan payu dara. Imej yang istimewa mungkin harus diambil untuk memastikan seberapa banyak payudara tersebut dapat dilihat pada mamogram tersebut. Langkah keselamatan juga diambil semasa payudara dimampatkan. Anda harus mengingati bahawa apabila anda mempunyai implan, ia mungkin menghalang pandangan sebahagian daripada payudara anda, kadangkala dengan hanya sebahagian kecil daripada payudara anda yang dapat dilihat. Ini bergantung kepada saiz implan dan posisi implan tersebut. Maka, keberkesanan mamogram mengesan kelainan pada payudara lebih rendah berbanding dengan keberkesanan dalam payudara ‘semula jadi’ bebas dari implan.
 

Apakah yang berlaku sekiranya wujud kelainan pada mamogram saya?

Suatu kelainan yang dikesan pada mamogram mungkin memerlukan mamogram tambahan diambil atau ujian tambahan seperti ultrabunyi payudara atau prosedur mamografi tambahan seperti Sitologi (cytology) menggunakan jarum halus bagi aspirasi (FNAC), biopsi teras or pra-biopsi setempat jenis hookwire.
 

Adakah mamografi sempurna?

Mamografi mungkin menjadi kunci kepada pengubatan dan penyembuhan kanser payudara. Namun demikian, mamografi mungkin gagal mengesan beberapa jenis kanser kerana bukan semua kanser menghasilkan tanda khas atau perubahan yang dapat boleh dikesan dalam mamogram dan ini sering berlaku apabila seseorang perempuan mempunyai tisu payudara yang padat (nisbah tisu glandular yang tinggi berbanding dengan tisu lemak dalam payudara). Kanser atau tumbuhan yang boleh dirasai tidak selalunya dapat dikesan pada mamogram. Dengan Pakar Radiologi terbaik, 10% kanser akan terlepas dari pengesanan dan penyaringan mamogram.
 

Apakah langkah untuk menyediakan diri saya untuk mamogram?

Tiada langkah penyediaan istimewa yang harus diambil untuk pemeriksaan mamogram. Namun, ia dinasihati agar anda memakai 2 helai pakaian berasingan - sarong, skirt atau seluar dengan blaus. Ini menyenangkan anda menanggal pakaian blaus sahaja untuk pemeriksaan mamogram

Perempuan dinasihati agar tidak menggunakan bahan wangi atau bedak yang boleh menyebabkan tanda-tanda yang tertera pada mamogram anda. Ini mungkin menyebabkan anda memerlukan ujian tambahan akibat “artefact” ini kerana tanda-tanda ini mungkin mengelirukan interpretasi mamogram anda.

Anda mungkin mahu membuat mamogram selepas kitar haid anda habis sekiranya anda menghadapi masalah kesakitan payudara pra haid.


 


Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved

Terms of Use

Last Updated:
Tuesday, 01 January 2008