|
| |
|

|
|
Apakah itu Enema Barium?
|
|
Ini
sesuatu pemeriksaan menggunakan X-ray untuk memeriksa bahagian usus
dengan Barium Sulfat sebagai media kontras. Kolon adalah bahagian usus
yang di antara usus kecil dan dubur.
|
|
Bilakah saya akan
memerlukan enema barium?
|
|
Sejak wujudnya
kolonoskopi (endoskop kolon), enema Barium semakin berkurangan. Walau
bagaimanapun, prosedur ini mempunyai kegunaan apabila terdapat perubahan
dalam keadaan biasa usus, kehadiran darah dalam tinja, kesakitan abdomen
dan bahagian dubur yang tidak biasa, sembelit teruk serta sebagai
sokongan bagi lain jenis pemeriksaan. Kadang kala, apabila prosedur
kolonoskopi tidak dapat menilai kolon dengan baik bagi beberapa sebab (corak
kolon yang begitu berputar belit) enema barium dijalankan. Terdapat juga
perbezaan kos yang jelas, iaitu enema barium lebih murah. Walau
bagaimanapun kolonoskopi mempunyai kelebihan menjalankan biopsi (mengambil
sampel tisu) jika sebarang keganjilan/kelainan dilihat.
Kadang kala, apabila kolon jelas menjadi sempit atau terdapat kanser
kolon, pemeriksaan enema barium mungkin dapat menunjuk seluruh kolon dan
kehadiran lebih daripada satu kanser dengan lebih baik. Skop akan
menghadapi masalah melalui bahagian usus yang telah sempit, manakala
cecair barium sulfat dapat mengalir melalui bahagian yang tersempit.
Satu pemeriksaan enema barium yang terperinci boleh mendedahkan
penyempitan usus besar, luka atau calar seperti polip atau sesuatu
tumor.
|
|
Bagaimana saya menyediakan
diri bagi enema barium ?
|
|
Persediaan usus patut dilakukan 2 hari atau 48 jam sebelum
prosedur tersebut.
Makanan yang kurang serat: Jangan makan daging, sayur-sayuran,
buah-buahan dan produk susu. Elakkan makanan yang berserat tinggi.
Anda boleh makan roti putih, mi (spt Mamee, Maggi), ikan dan kanji pada
hari pertama persediaan.
Pada hari kedua, hanya cecair jernih seperti glukosa, Ribena, Livita,
air kosong, teh cina, air kelapa, sup jernih (sup daging/ayam yang telah
ditapis) patut dimakan.
Selama 2 hari ini, anda mesti meminum banyak cecair, air kosong termasuk.
Ini kerana anda akan ‘hilang’ banyak air apabila ubat usus anda mula
berkesan.
Pada hari sebelum prosedur, anda akan diberi ubat (laksatif dan/atau
enema) untuk membantu anda membuang air besar. Jangan takut jika anda
mengalami cirit-birit, kerana ini tujuan semua persediaan ini. Ubat yang
diambil adalah dalam bentuk pil atau cecair seperti Fleet Oral. Setiap
Jabatan Radiologi akan mempunyai persediaan untuk Enema Barium yang
tertentu dan ubat yang diberi mungkin berlainan jenis, walaupun
mempunyai tindakkan dalam usus yang sama – iaitu untuk “membersihkan”
usus besar anda. Usus besar (kolon) yang bersih adalah penting supaya
enema barium dapat meneliti mukosa usus besar anda dengan jelas.
Jika temu janji anda adalah pada 9 pagi, anda akan di minta berpuasa (tidak
boleh makan and minum) selepas 12 malam, hari sebelumnya sehingga masa
prosedur. Jika mulut anda kering, anda boleh menghisap ketulan ais. Jika
temu janji anda bukan pada waktu pagi, anda diperlu berpuasa selama 6
jam sebelum prosedur.
|
|
Apakah yang berlangsung
semasa pemeriksaan enema barium?
|
|
Anda
akan ditanya beberapa soalan tentang surgeri usus yang lalu, jenis
perubatan yang anda mengambil, dan sebagainya. Jika anda berasa anda
hamil, anda perlu memberitahu Pakar Radiologi atau juru x-ray yang
melayan anda.
Anda akan diminta pakai gaun. Satu tiub khas yang dilicinkan akan
dimasukkan melalui dubur. Barium kemudian dimasukkan dari beg khas.
Graviti membantu aliran barium ke dalam kolon. Pakar Radiologi mungkin
akan menyuntik sesuatu ubat di vena di tangan untuk melegakan usus. Ini
tidak semestinya dilakukan. Pesakit dengan ritma jantung yang tidak baik,
masalah pengencingan atau glaukoma mesti memberitahu Pakar Radiologi
supaya ubat sesuai boleh diberikan. Pakar Radiologi akan menerangkan
mengenai semua posisi pengimejan.
Dalam sesuatu pemeriksaan dwi-kontras, barium dibenarkan untuk mengalir
keluar sebanyak boleh dan tertinggal satu lapisan barium pada bahagian
dalam kolon (permukaan mukosa). Selepas ini, angin (or Karbon dioksida)
dimasukkan dengan berjaga-jaga dan di bawah fluoroskopi (“melihat secara
real time” dengan X-ray) supaya keadaan mukosa kolon dan penempatan di
dalam abdomen dapat diperhatikan. Ini penting kerana dalam keadaan
tersempit atau runtuh, memang susah untuk melihat sebarang kelainan pada
kolon. Anda akan diminta bergerak pada meja tersebut supaya pelbagai
imej kolon boleh diambil. Anda akan diminta ‘menyimpan’ barium’ dan
angin (jangan terkentut) sehingga pemeriksaan itu selesai.
Kadang kala, bergantung kepada keadaan pesakit, hanya pemeriksaan barium
dijalankan. Lagi sekali, pemeriksaan mengikuti keadaan pesakit dan
diagnosis klinikal yang disyaki.
Biasanya, pemeriksaan ini tidak memakan masa lebih dari satu jam. Jika
usus disediakan dengan baik dan tidak ada masalah, pemeriksaan ini akan
mengambil masa setengah jam sahaja.
Pesakit kemudian akan diminta pergi ke bilik air untuk mengeluarkan
barium dan membersihkan diri jika terdapat sebarang ‘titisan’ dari dubur
ke bahagian punggung.
|
|
Apakah komplikasi yang
mungkin berlaku?
|
|
Ini
satu pemeriksaan yang selamat.
Bagi sesetengah orang yang tidak mudah membuang air besar setiap hari,
barium yang mungkin tertinggal akan kering dan mungkin boleh menyebabkan
sembelit. Jika pesakit meminum/makan banyak cecair, sayur-sayuran dan
buah-buahan, ini jarang berlaku.
Satu lagi komplikasi adalah penembusan usus besar dan barium itu akan
masuk bahagian abdomen. Sebab pemeriksaan ini dilakukan di bawah
pandangan terus (fluoroskopi) Pakar Radiologi, masalah seperti ini
sangat jarang dan akan dirawat serta-merta. Usus yang disediakan dengan
baik mengesyorkan kandungan usus minimum akan terkeluar jika terdapat ‘bocoran’.
Terdapat sedikit radiasi dalam pemeriksaan ini. Potensi kebaikan
pemeriksaan ini jauhi melebihi sebarang risiko.
|
|
Apakah yang patut saya
buat selepas pemeriksaan enema barium?
|
|
Anda mungkin mengalami
cirit-birit dan anda tidak patut memulakan aktiviti biasa atau pulang
bekerja hari seterusnya. Jika keadaan membenarkannya, anda digalakkan
minum banyak cecair, makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan supaya
dapat membuang air besar dengan senang. Jika anda melihat sedikit bahan
putih/merah jambu bercampur aduk dalam tinja anda, ini sesuatu yang
biasa kerana barium keluar melalui tinja.
|
|
|
|
Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved
Terms
of Use Last
Updated:
Tuesday, 01 January 2008 |
|